#PRU13 Boleh Diadakan Selewat-lewatnya 28 Mei – Pengerusi SPR

Suruhanjaya  PilihanrayaKUALA LUMPUR, 4 April  — Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Mei berikutan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 28 Mac lepas.

“Kalau kira mulai 3 April hari ini, (tempoh 60 hari) akan habis 3 Jun, jadi ia sudah terlepas (tarikh pembubaran DUN) Negeri Sembilan. Maka perlu adakan (PRU-13) selewat-lewatnya 28 Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib, Rabu malam.

Ditanya mengenai bayangan tarikh penamaan calon dan pengundian, Abdul Aziz berkata: “Ada bayang-bayangnya tetapi tidak sesuai saya sebutkan di sini kerana perlu dibincangkan dengan panel-panel (SPR) yang lain”.

Abdul Aziz berkata banyak faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk peristiwa keagamaan, keadaan cuaca dan penganjuran acara-acara besar dalam memilih tarikh pilihan raya.

“Cuti sekolah bukan jadi pertimbangan kita. Bila anggota panel SPR bermesyuarat, semua akan kemuka pendapat dan kita akan ambil keputusan sebulat suara,” katanya.

Beliau juga menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa PRU-13 itu akan menjadi pilihan raya “terburuk” dalam sejarah negara, kononnya berlaku penipuan oleh pihak SPR dan parti-parti politik.

“Saya langsung tak percaya PRU-13 ini adalah yang terburuk. Sekiranya semua pihak termasuk parti politik, calon-calon parti, calon Bebas, pemerhati dan badan bukan kerajaan (NGO) beri kerjasama dengan SPR, saya percaya PRU-13 akan berjalan dengan baik, aman dan teratur,” katanya.

Abdul Aziz menarik perhatian SPR memperkenalkan 19 pembaharuan dalam proses pilihan raya kali ini termasuk undi awal, dakwat kekal dan pembersihan berterusan Daftar Pemilih.

“SPR hanya sediakan gelanggang, tempat bertanding dan sediakan alat-alat (untuk mengundi). Yang tentukan menang atau kalah calon pilihan raya adalah pengundi,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023