Teka Teki Tarikh Mengundi #PRU13

pilihanraya-umumKUALA LUMPUR, 3 April  — Dengan terungkainya teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen hari ini, perkara pertama dalam benak pemikiran kita semua ialah bila rakyat Malaysia akan mengundi?

Selepas pengumuman pembubaran oleh Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak, tumpuan kini beralih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menentukan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan berlangsung pada tarikh antara Sabtu 20 April dan 27 April, yang juga jatuh pada Sabtu.

Ini berdasarkan andaian bahawa semua Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan sama ada pada hari ini atau dalam sehari dua ini, kecuali Sarawak yang belum perlu membubarkan DUNnya dan Negeri Sembilan yang telah terbubar DUNnya secara sendiri pada 28 Mac.

Jika SPR tetap ingin mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara, ia mesti mengadakannya sebelum 26 Mei, iaitu 60 hari selepas DUN Negeri Sembilan terbubar.

Walaupun, dalam kes pilihan raya umum Parlimen, SPR mempunyai tempoh selama 60 hari dari hari ini untuk mengadakan pilihan raya itu.

Penulis cenderung untuk percaya bahawa petunjuk penting bagi penentuan tarikh hari mengundi banyak dipengaruhi oleh tarikh sidang kemuncak Asean di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 24 dan 25 April.

Ini memandangkan Malaysia adalah antara anggota penting pertubuhan serantau itu dan seharusnya diwakili oleh seorang ketua kerajaan.

Dengan mengambil kira faktor-faktor di atas, banyak pihak meramalkan bahawa SPR dalam pertimbangannya itu akan menetapkan tarikh hari mengundi sebelum 24 April dan banyak pihak percaya bahawa hari mengundi mungkin akan jatuh pada Sabtu, 20 April.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini menyatakan bahawa tempoh berkempen tidak akan kurang dari 10 hari dan jika dihitung kebelakang dari tarikh 20 April, hari penamaan calon mungkin jatuh pada hari Selasa, 10 April.

Pemilihan hari Sabtu untuk hari mengundi difikirkan wajar kerana pilihan raya kali ini tidak diadakan pada musim cuti sekolah dan hari Sabtu perlu diambil kerana banyak bangunan sekolah akan digunakan bagi tujuan menyediakan pusat mengundi.

Jika 10 hari berkempen tidak termasuk hari penamaan calon, hari mengundi akan jatuh pada Ahad 21 April namun Kementerian Pelajaran harus mengumumkan cuti peristiwa untuk sekolah-sekolah di negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana hari itu adalah hari persekolahan di negeri-negeri itu.

Selain 20 April, kemungkinan lain yang lebih lojikal ialah pada hari Sabtu berikutnya iaitu pada 27 April, namun tarikh itu sudah melepasi tarikh sidang kemuncak Asean.

Banyak pihak percaya pilihan raya umum Parlimen akan berlaku sebelum sidang kemuncak Asean dan dengan kemenangan Barisan Nasional mengekalkan kuasa pemerintahan pada PRU-13 ini, Najib akan dapat menghadiri acara itu sebagai Perdana Menteri yang mendapat mandat baru daripada rakyat.

Apapun juga keputusan SPR nanti, kempen untuk PRU-13 sudahpun bermula sejak setahun lalu.

Sejak seminggu lalu, kempen itu bertambah intensif dengan kibaran bendera dan lambang-lambang parti politik kelihatan marak di kebanyakan kawasan di seluruh negara.

Apa yang pasti ialah di antara kedua-dua tarikh – hari penamaan calon dan hari mengundi – ada tempoh sekurang-kurangnya 10 hari bagi parti-parti politik berkempen untuk memenangi hati rakyat dan sekaligus mendapatkan mandat bagi membentuk kerajaan baru.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023