Samy Vellu Isytihar Beliau Calon Boleh Menang

samy-vellu“Saya seorang calon boleh menang, tidak syak lagi tentangnya. Saya bersedia bertanding semula kerusi parlimen Sungai Siput. Sabotaj dalaman telah membawa kepada kekalahan saya di sana pada (pilihan raya umum) 2008.”

Pengisytiharan penuh perasaan ini datang tidak lain dan tidak bukan daripada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ia sentiasa merupakan prerogatif Perdana Menteri dan Pengerusi Batrisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan calon bagi Sungai Siput.

Beliau bercakap kepada pemberita di sini Rabu selepas menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada anggota keluarga polis yang terkorban dan tercedera dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Pemulihan Sosial, yang mana beliau adalah pengerusinya.

Samy Vellu, yang juga penyelaras BN bagi Sungai Siput, ditanya sama ada beliau akan bertanding kerusi berkenaan atau kerusi lain pada pilihan raya umum ke-13.

Awal hari ini, Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, bekas menteri kerja raya itu kalah di Sungai Siput, kubu kuat lama MIC, kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 1,821 undi.

Menjawab satu soalan, Samy Vellu, yang juga duta khas Malaysia ke India dan Asia Selatan bagi infrastruktur, berkata beliau bersedia untuk bertanding jika perdana menteri memutuskan beliau adalah calon yang tepat bagi komponen BN.

Beliau berpendapat BN mempunyai peluang yang baik untuk mendapat semula Sungai Siput, jika parti komponen itu meletakkan “seorang calon yang baik dan bekerja kuat” dan pada masa sama mengenali rakyat.

Menyentuh kekalahannya pada pilihan raya umum 2008, Samy Vellu menyifatkan ia adalah “satu sejarah menyedihkan” dengan mendakwa bahawa “orangnya sendiri” telah mensabotajnya.

Mengenai persediaan BN di Sungai Siput, Samy Vellu berkata kerja-kerja di lapangan telah bermula kira-kira tiga bulan lalu dan 65 peratus daripada kempen telah diselesaikan.

“Sesungguhnya, isyarat daripada pengundi adalah baik. Jentera pilihan raya kita telah melawat kampung-kampung dan petempatan Felda.

“Pengundi, terutama mereka daripada masyarakat India, kembali menyokong BN kerana sedar bahawa Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang berkemampuan dan sentiasa fokus yang sentiasa ingat dan memahami bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat,” katanya.

Menjawab soalan lain, Samy Vellu menjelaskan bahawa tidak wujud “kerusi yang selamat”.

“Kamu perlu meletakkan nyawa kamu dan bergelut untuk mendapatkannya. Jika sesiapa yang mahukan sebuah kerusi yang selamat, cara terbaik adalah dengan tidak bertanding. Mereka yang meminta untuk kerusi-kerusi selamat bukan seorang wira.

“Kamu (juga) perlu untuk bergelut untuk satu kerusi. Seperti Sungai Siput, ia adalah satu kerusi yang sukar, kita mesti bergelut untuknya dan kita (akan) memenanginya. Dan, kami sangat gembira mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Pecahan etnik semasa di Sungai Siput adalah 31 peratus Melayu, 41 peratus Cina, 23 peratus India dan lima peratus kaum lain.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023