Umat Islam Harus Ketepi Perbezaan Demi Islam – PM @NajibRazak #Najib4PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan kepada jemaah di Masjid Jamek Sri Petaling semasa melakukan ziarah di masjid berkenaan

Najib-Jemaah-Tabligh-Masjid-Jamek-Sri-Petaling-4KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.

“Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara,” katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini Sabtu malam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Zaid Abdullah.

Najib, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat, menunaikan solat Isyak dengan diimamkan Imam Besar Masjid Maulana Abdul Hamid Chin.

Najib bersama jemaah lain kemudian mendengar tazkirah ringkas berkaitan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Muaz Roslan, yang membaca kitab Hayatus Sohabah.

Masjid itu merupakan markas pergerakan Tabligh di negara ini sejak 1985 dan sentiasa dikunjungi jemaah dari seluruh dunia yang menjadikannya antara markas bagi melahirkan pendakwah Islam di negara ini.

Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam.

“Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam,” kata beliau yang turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN