Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah

Leila De Lima
Leila De Lima

MANILA 25 Mac – Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden, Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada ‘tribunal berkaitan’.

“Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan,” katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

“Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak,” katanya.

Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN