Sunday, April 11, 2021
Spread the love

30 tan abu al-Quran dilupuskan

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KUMPULAN Media Karangkraf melupuskan sebanyak 30 tan abu al-Quran sebelum ia dihanyutkan ke perairan berdekatan Pulau Angsa di sini semalam.

Operasi pelupusan itu dilakukan bermula jam 10.30 pagi dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang yang diketuai oleh Pegawai Operasi Risiknya, Asisten Superintendan Mazre Che Mahmod bersama 14 kru kapal.

Pengurus Bahan UPSB, Rohaidah Zolkefli berkata, persiapan operasi pelupusan abu al-Quran yang pertama bagi tahun ini dilakukan sejak enam bulan lalu termasuk pembakaran al-Quran tersalah cetak secara berperingkat dengan menggunakan mesin pembakaran berteknologi tinggi atau insinerator.

“Abu al-Quran ini akan dikumpulkan dan selepas mencapai jumlah yang diperlukan, kita akan lupuskan sekali gus mengikut kaedah pelupusan patuh syariah iaitu dengan membuang atau menghanyutkannya ke laut.

“Inisiatif yang dibuat Kumpulan Media Karangkraf itu adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya selepas selesai Operasi Pelupusan Debu al-Quran Siri 1/2020 di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah I Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Hazri Zakaria; Sarjan Mejar Keputusan Am PPM Pelabuhan Klang, Arifin Omar.

Rohaidah berkata, bagi menjayakan operasi kali ini, Kumpulan Media Karangkraf bekerjasama dengan PPM Pelabuhan Klang.

“Ini adalah kerjasama kali kedua bersama PPM selepas kolaborasi pertama pada Mei tahun lalu.

“Sebelum itu, kita juga pernah bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk operasi pelupusan al-Quran,” katanya.

Operasi melibatkan seramai 36 kakitangan daripada UPSB dan Grup Buku Sdn Bhd itu turut dihadiri Pengurus Hal Ehwal Agama dan Penerbitan al-Quran Kumpulan Media Karangkraf, Ahmad Yani Abd Manaf dan Pengurus Kanan Tugas-tugas dan Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Sementara itu, Mazre selaku pegawai pemerintah pula berkata, proses pelupusan al-Quran yang dijalankan kali ini juga lebih cepat berbanding sebelum ini.

“Ini kerana sebahagian daripada kakitangan Karangkraf sudah mempunyai pengalaman tentang kaedah melupus abu tersebut. Jadi pergerakan kali ini lebih lancar dan teratur.

“Selain itu, kesemua kakitangan termasuk anggota kita juga mempraktikkan tahap keselamatan seperti ditetapkan. Kerjasama ini satu ibadah dan wajar diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -