Lebih 5,000 Hadir Himpunan Rakyat Bersatu P.Pinang, Tunjuk Sokongan Kepada BN

Ribuan orang ramai membanjiri Padang Kota Lama sebagai menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di majlis penyatuan rakyat Pulau Pinang menyokong BN

GEORGE TOWN: Lebih 5,000 rakyat Pulau Pinang menyertai ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Padang Kota Lama di sini Ahad.

Program anjuran Sekretariat Rakyat Bersatu Pulau Pinang yang bermula pukul 5 petang itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut hadir berucap dalam perhimpunan berlangsung lebih dua jam itu adalah Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman; dan Timbalan Pengerusi MIC negeri L. Krishnan.

Antara isu yang dibangkitkan ialah isu rumah kos rendah, kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang, pembinaan terowong dasar laut dan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan manifesto pilihan raya umum ke-12 mereka.

Teng dalam ucapannya berkata BN Pulau Pinang bersiap sedia mengambil alih pentadbiran negeri ini dan telah merangka Pelan Ekonomi Baru serta pelbagai program untuk pembangunan rakyat.

Beliau berkata BN Pulau Pinang berjanji akan memansuhkan tol yang dikenakan terhadap penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui negeri ini.

“Kita janji akan mansuh tol di Jambatan Pulau Pinang pertama sahaja, Jambatan Kedua Pulau Pinang kita belum pertimbangkan lagi,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya Teng berkata jumlah kehadiran rakyat pada program yang disifatkan sebagai berjaya itu menunjukkan mereka telah bersedia menyokong BN pada pilihan raya ke-13 (PRU) yang akan berlansung tidak lama lagi.

“Ini terbukti apabila hadirin ditanya adakah mereka bersedia menghadapi PRU-13, mereka bersepakat dan beramai-ramai meneriak perkataan ‘bersedia’ dan ‘Hidup BN’,” katanya kepada pemberita.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN