Kenapa Lelaki Letak Tangan Atas Kepala Isteri Lepas Nikah? Ini Sebab & Hukumnya

Mungkin segelintir daripada kita semua masih belum mengetahui apa sebenarnya amalan yang paling baik serta bertepatan mengikut sunnah semasa majlis akad nikah?

Antara soalan yang sering dilontarkan adalah, apakah betul amalan yang dibuat oleh masyarakat di Malaysia iaitu para suami meletakkan tangan di atas kepala pengantin perempuan selepas akad nikah?

Berikut merupakan jawapan dan hukum sebenar amalan tersebut:

Amalan meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri (bahagian hadapan kepalanya) yang baru dinikahi adalah sunat. Amalan itu dilakukan oleh para suami dan disertai dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ

مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ

Yang membawa maksud:

Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.

Antara amalan lain pula adalah Solat Sunat Pengantin yang juga digalakkan untuk melakukannya. Berdasarkan amalan para sahabat Nabi, adab solat sunat ini dilaksanakan di tempat tertutup supaya terjaga aurat isteri. Manakala, upacara membatalkan air sembahyang bukanlah tuntutan syarak melainkan hanyalah adat semata-mata.

 

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fitrah ialah kejadian asal manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Ia bukanlah agama Islam itu sendiri dengan...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน

Penyakit ‘ain

Penyakit 'ain adalah gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai dengan perasaan iri hati atau takjub...
Olexs

Gaya hidup fitrah dalam Islam

Gaya hidup ini menekankan keseimbangan antara aspek rohani, fizikal, dan sosial dalam kehidupan seseorang. Berikut adalah beberapa...
Olexs