Empat Pesanan Kepada Pemimpin & Penyokong BN Sebelum PRU-13 – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) mengandar cenderamata yang disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Yahaya Khatib Mohamad (kiri) selepas melancarkan Gelombang Biru peringkat negeri Terengganu di padang bola Rhu Rendang di Marang pada Jumaat.

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi empat pesanan penting kepada pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) demi untuk meneruskan prinsip perjuangan parti selepas 56 tahun memerintah.

Pesanan itu ialah setiap anggota BN perlu memberi penekanan kepada soal perpaduan dalam parti, tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti, menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan dan berjumpa pengundi yang menjadi penentu kepada nasib BN untuk lima tahun lagi.

“Jangan timbulkan perpecahan dan keretakan sesama kita, setakat hari ini saya tak dengar lagi, saya harap tidak ada cerita soal perbalahan. Sampai masanya untuk kita ketepikan permasalahan kerana ia akan memberi kesan kepada kita untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru di Rhu Rendang, Marang di sini, Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat pasti akan menolak mana-mana parti atau calon yang bermasalah kerana mereka perlukan parti dan pemimpin yang kuat untuk membela nasib mereka.

“Kalau rakyat tahu parti ada masalah, mereka akan kata “kamu sendiri tidak dapat selesaikan isu sesama kamu bagaimana kamu (nak) menolong kami”.

Muhyiddin juga berkata calon yang dipilih pucuk pimpinan parti dari peringkat bahagian, negeri dan pusat seharusnya diberikan sokongan penuh daripada seluruh anggota BN di kawasan tersebut. “Soalnya pihak pimpinan telah membuat penilaian (calon) dan penilaian ini mengambil masa yang panjang,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan rundingan antara parti komponen BN bagi pemilihan calon dibuat secara terbuka dan telus di peringkat bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan calon bukan setakat boleh menang, tetapi menang dengan cemerlang.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota BN juga diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah disaat-saat penting dalam menghadapi PRU-13 kali ini. “Jangan buat masalah, jangan buat masalah baharu di ambang pilihan raya tidak lama lagi…isu kena diketepikan dan tunjukkan perpaduan kita,” katanya.

Muhyiddin berkata semua anggota BN tidak kira pemimpin ataupun anggota biasaseharusnya turun padang untuk berjumpa rakyat dan pengundi kerana pengundi adalah ‘raja’ ketika musim pilihan raya.

“Bagi saya pengundi adalah ‘raja’, bila jumpa pengundi kita bagi salam, tanya khabar dan dengar cerita (masalah) mereka sebaiknya supaya mereka berasa kita memberi perhatian kepada mereka,” katanya.

Mengulas tentang program Gelombang Biru yang dihadiri lebih 10,000 penduduk sekitar Marang, Muhyiddin berkata beliau dapat merasakan sokongan rakyat kepada BN khasnya di Terengganu semakin kuat.

Katanya segolongan orang Melayu, Cina dan India yang sebelum ini menyokong pembangkang kini sudah kembali menyokong BN begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Apa yang berlaku hari ini adalah satu manifestasi baharu kesedaran rakyat termasuk di beberapa negeri yang dikuasai pembangkang,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN