Lebih banyak cabutan 4D bawah PN, tetapi PAS ikrar basmi judi menjelang 2025

Difahamkan, “cabutan khas” itu tidak dikawal melalui warta kerajaan, sebaliknya syarikat ramalan nombor hanya memerlukan surat kebenaran daripada menteri kewangan.

PAS tidak mengubah pendiriannya mengenai pembasmian perjudian, walaupun kerajaan Perikatan Nasional yang disokongnya meningkatkan jumlah “cabutan khas” nombor ekor 4D kepada 22 kali setahun secara diam-diam.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Mohd Zuhdi Marsuki berkata, pendirian parti itu, berdasarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) adalah jelas, iaitu industri perjudian perlu dihapuskan menjelang 2025.

Katanya, PAS sejak dahulu menegaskan perjudian perlu dibasmi sepenuhnya di Malaysia, tetapi ia memerlukan masa kerana membabitkan perjudian berlesen, haram dan aktiviti dalam talian.

“Kegiatan judi berlesen, sama ada rumah judi terbuka seperti kasino Genting Highlands atau judi ramalan nombor seperti Toto, Magnum dan Da Ma Cai mudah dibanteras dengan kehendak politik pemerintah, manakala judi tidak berlesen dan judi dalam talian berbeza,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pasukan penggubal WINS parti itu akan menyerahkan cadangan penuh untuk membasmi kegiatan perjudian kepada Putrajaya.

Senator Liew Chin Tong membangkitkan perkara itu di Dewan Negara pada 28 Dis lalu, dengan berkata 22 “cabutan khas” pertama kali diperkenalkan pada 1999 untuk mengumpul dana bagi mangsa virus Nipah.

Kerajaan PH kemudiannya mengurangkan cabutan khas kepada lapan kali pada 2018 dan 11 kali pada 2019, selain tiga “cabutan biasa” yang diadakan setiap minggu.

Liew menggesa kerajaan menghentikan semua “cabutan khas” itu.

Mengulas perkara itu, Zuhdi mendakwa aktiviti dalam talian PH menggunakan keadaan itu untuk menutup hakikat syarikat ramalan nombor masih mengambil taruhan tiga kali seminggu.

“Hakikat sebenarnya DAP dan PH (termasuk Amanah) tiada hasrat pun mahu mengharamkan judi daripada bumi Malaysia.”

Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin bimbang dengan peningkatan “cabutan khas” itu kerana ia bertujuan meningkatkan pendapatan kerajaan.

Katanya, sebagai alternatif, Pemuda PAS mencadangkan kerajaan bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan untuk menampung kos mengekang pandemik COVID-19.

Berbeza dengan Zuhdi, Khairil berkata, matlamat Pemuda PAS ialah mengawal dan mengehadkan perjudian.

“Pemuda PAS memohon untuk mengadakan satu pertemuan dengan menteri kewangan serta Kementerian Kewangan.

“Kami sedia berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi mencari jalan terbaik menambah pendapatan negara untuk tujuan mengekang wabak COVID-19, selain membentangkan solusi bagi mengawal dan mengurangkan aktiviti judi dalam negara,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Liew kerana membangkitkan perkara itu di Parlimen.

“Kami yakin DAP mempunyai aspirasi sama dengan kami untuk memastikan Malaysia bebas daripada judi, yang haram dalam Islam, serta bakal menyumbang kepada kerosakan dan masalah sosial di dalam negara.

“Pihak kami berbesar hati mengajak pimpinan DAP serta parti lain dalam PH mahupun PN untuk bersama membanteras segala aktiviti perjudian di Malaysia.”

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN