Malaysia Pantau Laporan Media Filipina Mengenai Dalang Insiden Lahad Datu #CerobohSabah

anwar-manila sahkan terlibatKUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa memantau laporan media Filipina mengenai individu yang kemungkinan menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata laporan-laporan media yang dipantau ialah mengenai pendedahan penglibatan individu tertentu dalam kejadian itu.

“Pada hemat saya, banyak lagi bukti-bukti yang akan dikeluarkan oleh media Filipina dan ia akan dikeluarkan jika terbukti (laporan itu) kukuh oleh mereka.

“Saya tak mahu implikasikan pada mana-mana individu, biarlah media Filipina yang menyebutnya,” katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Ahmad Zahid berkata jika individu yang disebut media negara itu merasakan laporan media Filipina itu sebagai tidak benar, mereka boleh menyaman media berkenaan.

Sementara itu, beliau mengingatkan media Filipina agar tidak menulis laporan atau fakta tidak tepat berhubung kejadian di Lahad Datu kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

“Saya harap mereka (media Filipina) lebih berhati-hati menulis fakta yang sebenar,” kata Ahmad Zahid sambil sekali lagi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak menembak atau membunuh sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan penceroboh militan dari selatan Filipina itu.

Beliau memberi contoh sebuah portal berita Filipina yang memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.

Ditanya mengenai kawalan di perairan Sabah sekiranya Operasi Daulat ditamatkan, Ahmad Zahid berkata: “Seperti yang dinyatakan PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan mempunyai kem tetap di Lahad Datu.

“Kem ini menyerupai apa yang dilakukan di Sarawak dalam Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom). Ia bukan sahaja akan libatkan Angkatan Tentera Malaysia, malah akan libatkan polis, Agensi Penguatkuasa Maritim dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

LahadDatu-Laporan Manila PenglibatanPembangkang

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN