Ceroboh Lahad Datu: ‘Kita akan tamatkan stand-off Lahad Datu sekarang’- Polis

Tentera Kesultanan Sulu
Tentera Kesultanan Sulu

LAHAD DATU – Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.

Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, episod yang bermula sejak 12 Februari lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.

Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: “Tunggu dan lihat”.

Katanya, tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.

“Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-ALLAH, kita selesaikannya dengan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Apabila ditanya sama ada proses rundingan masih berlaku dengan kumpulan tersebut, Khalid berkata: “Saya tidak mahu lagi mengulas perkara (rundingan) itu”.

Khalid juga berkata, polis tidak tahu-menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Terdahulu selepas menerima taklimat mengenai perkembangan insiden itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17, Pasukan Gerakan Am (PGA) Felda Sahabat, Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku
Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata, isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain.

“Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan,” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokthar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Khalid berkata, setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campur tangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campurtangan seperti itu mengganggu urusan keselamatan negara.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN