Tiada guna PR bentang manifesto – Satim Diman

satim diman

SHAH ALAM: Manifesto yang diumumkan Pakatan Rakyat tidak membawa apa-apa makna khususnya kepada rakyat Selangor, kata Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

Ini kerana katanya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini memberitahu manifesto bukanlah janji yang harus ditunaikan.
Justeru katanya, tindakan Pakatan Rakyat membentangkan manifesto yang kononnya dipersetujui bersama PKR, DAP dan PAS itu adalah sia-sia kerana ia tidak akan mampu ditunaikan sekaligus membantu meringankan bebanan rakyat.
“Apa pun konvensyen, apa pun manifesto apa pun yang dibuat bila dah pemimpin Pakatan kata itu bukan sebuah janji perjuangan mereka itu sia-sia.
“Konvensyen apa pun resolusi dibuat itu bukan sebuah janji, tidak penting langsung masing-masing pentingkan diri,”  katanya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau menambah, Pakatan Rakyat mempunyai rekod pemerintahan yang kucar kacir selain tidak menepati janji yang dibuat kepada rakyat.
Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini seringkali meuar-uarkan mereka adalah pejuang kebajikan rakyat.
Namun setelah diberi mandat hampir lima tahun memerintah empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ternyata mereka bukan sahaja belum bersedia untuk membentuk kerajaan pusat malah tidak berkemampuan untuk mengendalikan sebuah negeri.
Di Selangor, Pakatan Rakyat berdepan dengan saman daripada rakyat marhaen yang dinafikan hak mereka. Ia termasuklah golongan ibu tunggal, ibu bapa kepada pelajar tadika dan penduduk yang tidak mendapat bekalan air percuma 20 meter padu daripada kerajaan negeri.
Di Pulau Pinang, kerajaan Pakatan Rakyat dikritik kerana gagal mengawal pembangunan pesat yang menyisihkan kaum Melayu. Kerajaan negeri yang dipimpin Lim Guan Eng itu juga dikritik hebat apabila gagal menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat.
Sementara di Kedah dan Kelantan yang dipimpin PAS, kerajaan negeri dikritik kerana gagal menarik pelabur asing untuk menanam modal di dua negeri itu yang akhirnya memaksa mereka merancakkan aktiviti pembalakan sehingga beberapa bukit di tengah-tengah hutan hampir gondol sepenuhnya.
Mengulas isu yang sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata jika Pakatan Rakyat seharusnya memastikan mereka mampu menunaikan janji jika mahu menawarkan manifesto yang diberi suntikan baru untuk pilihan raya akan datang.
“Apa yang dijanjikan perlulah munasabah kerana ini akan menyebabkan pengguna lebih marah, sekali lagi jika ada janji baru dan tidak ditepati maknanya pengguna tidak akan berpuas hati dan berdiam diri.
Kalau kita tengok masih banyak harapan pengguna daripada manifesto masih tidak terlaksana malah mungkin tidak dibuat langsung oleh itu banyak yang membuat tindakan,” tegasnya.
Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula agak hambar pagi tadi seperti yang dijangka, menjanjikan pelbagai imbuhan, pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.
Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.
Manifesto yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS, Dr Zulkefly Ahmad dan wakil tunggal India dalam Jawatankuasa Tertinggi DAP, M. Kulasegaran itu mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta.
Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam.
Manifesto 35 mukasurat itu juga dipenuhi dengan janji untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu. – ANTARA POS

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023