Najib Pengarah Pilihan Raya BN Selangor @IdrisBakar @zinmohamed

idrisbakar SHAH ALAM  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed pula sebagai timbalannya.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor yang dipengerusikan Najib di Kuala Lumpur Sabtu malam, menurut Setiausaha BN Selangor Datuk Mohammed Idris Abu Bakar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Shah Alam, Ahad.

“Semua kepimpinan BN Selangor menyambut baik keputusan tersebut dan ia akan menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor,” katanya.

Mohammed Idris berkata kesiapsiagaan parti gabungan itu juga dalam keadaan optimum dan bersedia untuk digerakkan semasa tempoh kempen, malahan gerak kerja terperingkat sudah pun dimulakan sehingga ke peringkat pusat daerah mengundi (PDM).

“Satu simulasi khas pilihan raya juga akan diadakan dalam masa terdekat bagi membiasakan seluruh jentera, termasuk memastikan segala persiapan dalam keadaan sempurna,” katanya.

Beliau berkata simulasi ini akan melibatkan semua peringkat parti termasuk gerak kerja kempen bersepadu di peringkat PDM.

Jentera di peringkat PDM akan menjadi teras utama parti supaya segala bahan kempen dan maklumat dapat terus disampaikan kepada akar umbi, katanya.

Mohammed Idris berkata selain itu, persiapan di peringkat PDM akan diaudit bagi memastikan keselarasan tindakan.

“Kesepakatan dan kerjasama seluruh komponen dan peringkat dalam BN Selangor merupakan teras utama BN Selangor dalam menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang,” katanya.

Beliau juga berkata BN Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk BN memenangi semula Selangor pada PRU ke-13 nanti.

Sementara itu di TANJONG KARANG, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui berkata beliau yakin pelantikan Perdana Menteri itu akan dapat membantu BN memenangi semula Selangor daripada pembangkang pada PRU ke-13.

“Kita akan terus beri sokongan dan kerjasama kepada Perdana Menteri sebagai pemimpin yang banyak beri perubahan kepada negara. Ini menunjukkan betapa pentingnya Selangor,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN