SPRM Selesai Tapis Keutuhan Bakal Calon Bertanding PRU-13

PRU 13SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai mengadakan proses tapisan keutuhan untuk calon-calon daripada parti-parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahannya Datuk Sutinah Sutan berkata SPRM masih bersedia menerima permohonan bagi tujuan itu jika parti-parti politik ingin berbuat demikian di saat-saat akhir.

Tanpa menyebut butiran dan keputusan proses itu, beliau berkata tapisan untuk politik bukan perkara baru kerana SPRM telah menapis 891 calon pada pilihan raya umum 2008.

“Hasil daripada proses ini akan dimaklumkan kepada pihak pemohon dan keputusan muktamad untuk menentukan calon itu, bukan bidang kuasa SPRM, tetapi bidang kuasa parti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani ikrar integriti korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) bersama SPRM di sini, Isnin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Sok One a/l Esen dan Pengurus Besar SAINS Zulkifli Ibrahim.

Sutinah berkata sebenarnya tiada peruntukan undang-undang yang memerlukan mereka menghantar nama kepada SPRM untuk membuat proses tapisan dan ia adalah inisiatif SPRM untuk memastikan calon-calon yang akan mentadbir negara nanti seorang yang berintergriti dan bersih daripada rasuah.

“Ini merupakan kaedah atau pendekatan yang kita tawarkan melalui tapisan keutuhan. Nama bakal calon ini kita rahsiakan. Ini aspek kerahsiaan yang kita akan jaga,” katanya.

Kebiasaannya proses ini mengambil masa sekitar seminggu atau dua minggu dan paling lama sebulan, katanya.

Beliau berkata tapisan ini bukan hanya khusus untuk calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum dan ia juga dibuat ke atas individu yang akan menduduki sesuatu jawatan penting.

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan sejak tahun 1985, ia memberi kuasa kepada SPRM untuk membuat tapisan ke atas penjawat awam antaranya untuk tujuan kenaikan pangkat, bersara awal dan perakuan sebelum mendapat pingat.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini 175 syarikat di negara ini telah menandatangani ikrar integriti korporat bersama SPRM yang menekankan aspekpencegahan rasuah dalam dunia perniagaan dengan mewujudkan kod etika perniagaan dalam tiga industri utama iaitu sektor peralatan perubatan, farmaseutikal dan pembinaan yang berisiko tinggi rasuah.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023