Ceroboh Lahad Datu: Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah

Sebuah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlepas dari Lapangan Terbang Lahad Datu di sini hari ini ke destinasi yang tidak diketahui.

KOTA KINABALU — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri Sabah dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.

Beliau mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas, tetapi “oleh kerana mereka memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah”.

“Saya tengok kawalan di situ berada pada tahap yang membanggakan dan dalam proses kita untuk mengusir mereka ini, ia juga membantu keadaan.

“Yang penting sekarang banyak betul spekulasi dan khabar-khabar angin dan saya tahu maklumat yang sebenarnya dan saya mengesahkan sebahagian besar yang digembar-gemburkan di luar sana merupakan perkara yang tidak asas langsung,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Isnin.

Oleh itu, Hishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan.

Tentera Kesultanan Sulu
Tentera Kesultanan Sulu

“Saya harap kita sabar kerana dari segi operasi, pihak berkuasa diberi mandat untuk memantau tetapi dari segi pendirian…itu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan pergi ke Lahad Datu Selasa untuk melihat keadaan di sana.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah.

Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu.

Mengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan.

“Saya ingin menegaskan bahawa ia (insiden) bukan isu suku kaum dan ia tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya.

“Tetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita…ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita,” katanya.

Anggota PGA Polis DiRaja Malaysia bersiap sedia mengawal keselamatan

Ditanya perkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara.

“Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun dalam keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban, walau apa jua sebabnya di pihak mereka yang akan memberi kesan kepada kita.

“Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, Hishammuddin berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini.

Mengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoal tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, beliau berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara baik yang dilakukan kerajaan.

Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di “Youtube”, beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan.

Hishammuddin berkata tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN