Tujuh Negeri Catat Peningkatan Tinggi Pengundi Baru

peningkatan jumlah pengundiPUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka meriah apabila menyaksikan tujuh negeri yang dijangka ‘panas’ mencatatkan bilangan tertinggi peningkatan pengundi baru.

Jumlah pengundi di Selangor, Johor, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah masing-masing meningkat sekurang-kurangnya seramai 150,000 pengundi.

Kesemua mereka mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya umum 2008.

Daripada tujuh negeri berkenaan, Selangor mencatatkan peningkatan terbesar bilangan pengundi baru iaitu sebanyak 29.06 peratus iaitu daripada 1,565,494 pada tahun 2008 kepada 2,020,500 pada suku ketiga tahun lalu.

Mereka adalah sebahagian daripada lebih 2.4 juta pengundi baru di seluruh negara yang berdaftar sejak pilihan raya umum lalu yang disifatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’.

“Kadar peningkatan jumlah pengundi tidak pernah setinggi ini, bermakna usaha kami untuk meningkatkan pengundi berjaya,” katanya.

Abdul Aziz berkata bilangan pengundi bagi pilihan raya akan datang kemungkinan besar akan mencatatkan kira-kira sebanyak 13.3 juta.

Tambah beliau jumlah itu akan menjadi lebih tinggi jika pengundian diadakan penghujung Jun depan apabila kumpulan yang mendaftar pada suku pertama tahun ini juga akan dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

“Kami sedang memuktamadkan daftar pemilih bagi suku keempat 2012 yang akan diwartakan bulan ini. Ia mengandungi senarai pemohon yang mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Disember tahun lepas.

“Mereka yang mendaftar sebagai pengundi baru antara 1 Januari dan 31 Mac hanya akan dapat membuang undi mereka pada pilihan raya umum akan datang jika pengundian diadakan selepas daftar pemilih yang seterusnya dikemaskini pada Mei,” katanya.

Abdul Aziz menjangkakan peratusan jumlah keluar mengundi akan mencatat antara 70 peratus dan 75 peratus iaitu sama seperti pada pilihan raya umum lalu.

Jumlah pengundi seramai 10.9 juta sewaktu pilihan raya umum 2008 meningkat perlahan-lahan kepada 11.1 juta pada 2010 sebelum ia meningkat mendadak pada kira-kira 700,000 setiap tahun.

Peningkatan mendadak itu berikutan keputusan SPR membenarkan parti-parti politik bertindak mendaftarkan pengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata: “Peningkatan yang besar adalah satu perkembangan positif bagi Malaysia kerana ia menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat bahawa mengundi adalah tanggungjawab yang penting kepada semua warganegara yang layak.”

Wan Ahmad turut mengakui bahawa perlantikan wakil-wakil parti politik sebagai penolong pendaftar pengundi membantu meningkatkan jumlah pengundi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023