Dr Mahathir Yakin BN Terus Berkuasa Selepas PRU-13

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis berkata beliau amat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kata beliau pilihan raya itu, yang akan diadakan tahun ini, merupakan pertarungan politik paling penting yang perlu dihadapi BN.

Dr Mahathir juga berharap BN akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan kerajaan melaksanakan dasarnya tanpa halangan.

“Pakatan Rakyat hanya sebuah gabungan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka dipilih untuk memerintah, saya yakin setiap parti kemudiannya akan berperang untuk melaksanakan ideologi masing-masing.

“Itu sudah tentu tidak baik bagi Malaysia dan akan mengganggu semua usaha untuk membangunkan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sekarang,” katanya pada persidangan Tinjauan Strategik Malaysia Ke-15 di sini Khamis.

Dr Mahathir berkata percakaran dalam kumpulan pembangkang menjadi sebab utama para pengundi kembali mempunyai keyakinan terhadap gabungan parti pemerintah.

Katanya kerajaan BN, di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memahami isu sosial dan ekonomi, sesuatu yang sangat penting bagi sebuah negara membangun.

Beliau berkata kerajaan telah merangka pelan pembangunan secara besar-besaran bagi masa depan Malaysia dan sejajar dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memberi peluang kepada kerajaan membuktikan keberkesanan pelan itu.

“Perubahan itu sendiri akan membawa kemusnahan dan mencetuskan keadaan tidak menentu. Keadaan kacau-bilau memang tidak baik untuk mana-mana negara pun.

“Sebuah kerajan baharu juga akan mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharunya, daripada pembangkang kepada kerajaan. Masa yang dibazirkan ini akan menggugat pertumbuhan Malaysia,” katanya.

Ditanya tentang masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen, Dr Mahathir berkata: “Saya berpendapat ia patut dibuat selepas sambutan Tahun Baru Cina.”

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Â