Kerajaan Selangor Perlu Bantu Syabas Bukan Bersikap Tuding Jari – @zinmohamed

krisis air selangorSHAH ALAM — Kerajaan Selangor sepatutnya membantu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyelesaikan isu air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu, bukannya mengambil sikap menuding jari, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata sebagai pemegang 30 peratus saham dalam Syabas, kerajaan Selangor sepatutnya bersama-sama syarikat konsesi air itu berusaha memastikan bekalan air dapat disalur terus kepada rakyat tanpa gangguan.

“Kuasa kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu ini dengan sistematik sekiranya mereka bertindak rasional demi masa depan rakyat negeri Selangor namun sebaliknya mereka (pemimpin kerajaan Selangor) menggunakan isu air ini untuk memenuhi agenda politik mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Mohd Zin berkata kerajaan BN mencadangkan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk menangani krisis air di Selangor Julai tahun lepas, namun kedua-duanya tidak dipersetujui kerajaan Selangor pimpinan PKR.

“Kami telah berusaha mencadangkan kepada kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun mereka bermain ‘silap mata’ dengan menggunakan alasan remeh temeh kononnya tarif air akan dinaikkan selepas Langat 2,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan Selangor tidak serius dalam menangani isu air sedangkan apa yang berlaku pada masa kini jelas menggambarkan risiko yang bakal dihadapi jika tindakan segera tidak diambil dalam memastikan bekalan air cukup di negeri itu.

“Masalah air di Selangor bukan soal politik tetapi ia berkaitan masa depan negara, jika Langat 2 tidak dibina menjelang 2016, satu krisis air akan berlaku dan satu demi satu kilang di Selangor terpaksa ditutup,” katanya.

Mohd Zin berkata kerajaan Selangor tidak sepatutnya terus berdegil dan tidak mahu mengaku kesilapan mereka mengenai usaha menyelesaikan masalah isu air di negeri itu.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco Selangor di sini, Abdul Khalid terus menyalahkan Syabas yang didakwanya tidak mempunyai program khusus mengurangkan kadar air tidak terawat (NRW) dari 30 hingga 15 peratus.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) menyemak status usaha yang dilakukan oleh Syabas ke arah itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN