Gangguan Bekalan Air Di Gombak Pulih Sepenuhnya, Di KL Selewat-Lewatnya Pagi Esok – Syabas

krisis air selangorKUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Selasa mengumumkan 100 peratus kawasan di Gombak dan 95 peratus kawasan di Kuala Lumpur telah menerima bekalan air.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas Ir. V Subramaniam berkata baki lima peratus lagi di K.Lumpur dijangka akan mendapat bekalan air selewat-lewatnya pagi Rabu.

Katanya, air mula disalurkan melalui kerja-kerja pintasan mengikut kaedah ‘fast track’ yang siap dan mula beroperasi petang Isnin.

“Syabas telah pun memajukan cadangan dan mendapat kelulusan untuk membuat satu paip pintasan (bypass) untuk membawa air ke kawasan yang terganggu bekalannya di Kuala Lumpur.

“Sukacita dimaklumkan bahawa kerja-kerja pintasan telah dilaksanakan mengikut kaedah ‘fast track’ dan telah siap semalam dan mula beroperasi petang semalam, iaitu satu hari lebih awal dari jadual asal. Seterusnya bekalan air telah mula disalurkan melalui pintasan tersebut ke kawasan-kawasan AU3 dan kawasan-kawasan di Kuala Lumpur yang terjejas, ” katanya pada sidang media Status Terkini Gangguan Bekalan Air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gombak, di Ibu Pejabat Syabas dekat sini, Selasa.

Beliau berkata pintasan berkenaan sebenarnya tidak perlu dibuat jika projek Langat 2 dilaksanakan mengikut jadual atau jika rumah pam tambahan dilaksanakan dengan lebih cepat.

“Kerajaan Negeri Selangor yang telah bersetuju membangunkan rumah pam pada Mac 2012 sepatutnya mempercepatkannya, bukan pada peringkat reka bentuk sahaja selepas sembilan bulan berlalu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata pintasan ini bersifat kekal, manakala rumah pam yang baru akan dibangunkan bersebelahan rumah pam Wangsa Maju yang sedia ada.

Kertas cadangan untuk melaksanakan kerja-kerja ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk kelulusan.

“Sebagai langkah sederhana, sementara menunggu rumah pam tambahan siap dibangunkan Kerajaan Negeri Selangor, Syabas juga bercadang melakukan kerja-kerja menaik taraf di rumah pam sedia ada di Wangsa maju,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat diminta melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN