@NajibRazak Teruskan Usaha Mendekati Masyarakat India Di Selangor – @zinmohamed

sayangi selangorDatuk Seri Najib Tun Razak akan meneruskan pendekatan turun padang untuk mendengar denyutan nadi masyarakat India dengan menghadiri dua majlis di Selangor hujung minggu ini.

Perdana menteri akan menghadiri perhimpunan Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Sabtu ini, buat julung kalinya sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata majlis itu akan berlangsung di perkarangan Tesco Bandar Rinching, Semenyih.

“Parti IPF adalah penyokong kuat BN dan mempunyai pengundi tetap untuk BN di Selangor. Kehadiran perdana menteri sudah pasti akan memberi suntikan semangat yang tinggi untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

IPF kini diterajui presiden Datuk M. Sambanthan.

Najib, yang juga Pengerusi BN, akan menemui masyarakat India pada 13 Jan, sehari sebelum sambutan Ponggal, di perkarangan Little India, Klang. Ponggal akan disambut pada 14 Jan di seluruh negara.

Dalam lawatan itu perdana menteri akan mengadakan majlis sembang dengan masyarakat setempat dan menghadiri sambutan ‘Pesta Ponggal Sayangi Selangor – Bersama PM’ anjuran BN Selangor di Padang Chethi, Klang bermula pukul 9.30 pagi.

Mohd Zin berkata lawatan turun padang Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor itu, adalah seiring dengan pegangan politiknya yang lebih terbuka iaitu menjadi perdana menteri untuk semua kaum.

Sementara itu, Mohd Zin berkata BN Selangor kini berada dalam keadaan mantap untuk menghadapi PRU-13 dan lawatan perdana menteri ke Selangor akan memperkasa semangat serta keyakinan penduduk terhadap BN di Selangor.

Beliau berkata Najib juga nampak mengambil langkah radikal bagi memenangi hati dan minda 1.9 juta penduduk kaum India di Malaysia sebagai mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua negara.

“Sokongan masyarakat India di Selangor semakin meningkat untuk BN dalam tempoh masa enam bulan ini, dan kita yakin sokongan tersebut akan menjadi semakin mantap serta bertambah menjelang PRU13,” katanya.

Mohd Zin berkata BN Selangor bersama parti-parti komponen lain telahpun menggerakkan jentera masing-masing dan akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk menangani masalah masyarakat India di Selangor.

Beliau berkata bagi pihak masyarakat itu, mereka berasa diperlukan apabila mereka melihat perdana menteri bergaul mesra dengan mereka, serta kesanggupan BN mengakui kesilapan.

“Masyarakat India kini sedar bahawa hanya Barisan Nasional mampu mendengar segala masalah dan menyelesaikannya. Rakyat juga boleh menilai segala janji telah ditepati oleh BN di Selangor dalam tempoh empat tahun ini walaupun kerajaan negeri dikuasai oleh pakatang pembangkang,” katanya.

Mohd Zin berkata keikhlasan perdana menteri untuk membantu masyarakat India menandakan bermulanya era keyakinan baharu atau ‘puthiya nambikei’ untuk masyarakat itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN