PR Punca Tiga Beranak Bunuh Diri di Pengerang

Harakah bermain persepsi jahat
Harakah bermain persepsi jahat

Akhbar Harakah baru-baru ini kantoi menipu sekali lagi apabila menggembar-gemburkan berita mengenai kejadian bunuh diri sekeluarga tiga beranak dari kaum Cina di Pengerang Johor sebagai berpunca dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60billion.

Jika pembangkang menggunakan penyamaran berbentuk Himpunan Hijau untuk menentang Lynas, maka RAPID pula memakai topeng Gabungan NGO Pengerang (GNP).

Merujuk kepada tragedi tersebut, Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP, Chua Peng Sin berkata, “GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri”. Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan.

Alasan yang dinyatakan ialah jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk membina rumah atau hidup baru.

Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya.

Akhbar China Press (p3 lead ), Guang Ming (p4lead), Kwong Wah Yit Poh (back page.pix), Oriental Daily (p14 lead.pix),Sin Chew semuanya melaporkan kenyataan adik mangsa, Pang Mao Song 55 tahun, iaitu kejadian itu tiada kena mengena dengan projek RAPID tetapi kerana masalah kesihatan.

Laporan polis dari sumber jiran terdekat pula menyatakan bahawa mangsa telah pernah menyebut mengenai niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat terpaksa mengurus isteri yang uzur serta anak yang ‘down-syndrome’.

Kini, motif mangsa membunuh diri telah berjaya dicari dan motif Harakah untuk berbohong juga tidak sukar untuk dibaca.

Sepertimana kilang Lynas, projek RAPID ini juga merupakan antara sisa-sisa modal politik pembangkang dalam percubaan untuk memburukkan kerajaan dengan bersandarkan isu alam sekitar dan kesan sosiologi terhadap penduduk setempat.

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor. Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.

Malang bagi Malaysia kerana pembangkang kita mempunyai hobi pelik iaitu gemar menentang apa saja yang membawa kebaikan untuk negara. Lebih besar faedahnya untuk negara, lebih hebatlah penentangan mereka. Contoh lain selain Lynas dan RAPID, ialah FGVH. Dalam semua isu ini, pembangkang sanggup mengerah balaci mereka berdemo, berjalan kaki dari jauh dan mogok lapar semata-mata untuk mencipta ‘impak’ bagi menggoyahkan kerajaan.

Namun, kerajaan BN tidak goyah malah semakin kukuh bertapak tetapi pembangkang pula yang kelihatannya semakin hari semakin tumbang.

Ini kerana, kerajaan BN tidak pernah menganiaya rakyat, dan buktinya tidak perlu lagi diceritakan kerana boleh dilihat oleh sesiapa saja dengan seimbas lalu jua. Jika benar keluarga yang membunuh diri itu terjebak dalam kemiskinan tegar maka beliau akan diserapkan ke bawah program Rimbunan Kasih yang termasuk dalam pembangunan sampingan RAPID. Andai kata ada pihak yang terlepas pandang akan keadaan mereka, mereka punya banyak saluran untuk meminta bantuan, termasuklah melalui pembangkang.

Namun, membantu mereka yang memerlukan bukanlah niat pembangkang. Niat pembangkang hanyalah untuk memburukkan kerajaan walaupun ia bermakna membiarkan negara kerugian kerana terlepas peluang untuk menjana pendapatan lumayan.

Percayalah, pembangkang bukannya sedih dengan kejadian bunuh diri itu, tetapi mereka cukup gembira. Malah mereka telah pun merancang untuk meraikannya melalui demonstrasi bersiri sepertimana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Kita sudah tidak hairan lagi jika pembangkang sentiasa mengharapkan hatta, ‘merencanakan’ sesuatu yang buruk seperti ini berlaku terhadap rakyat kerana hanya dengan cara itu mereka boleh mengambil peluang untuk ‘membuktikan’ kononnya kerajaan BN benar-benar zalim.

Tidak mustahil keluarga yang membunuh diri itu menjadi tertekan akibat terlalu sering disogokkan dengan momokkan pembangkang kononnya nasib mereka tidak akan dibela dan rumah mereka akan dirampas tanpa mendapat pampasan setimpal. Mungkin mereka dihasut tanpa henti oleh pembangkang dengan gambaran yang jauh lebih buruk dari itu mengenai nasib yang bakal menimpa mereka selepas projek RAPID. Siapa tahu?

Mungkin inilah yang sebenarnya berlaku.

Adalah mudah bagi sebuah keluarga miskin yang kurang mendapat maklumat terkini, untuk terpedaya dengan hasutan tersebut sehingga akhirnya menjadi begitu tertekan. Hasutan yang berlarutan pasti membawa kepada tekanan yang serius sehingga akhirnya tidak dapat dibendung lagi.

Justeru, kita tidak harus mengenepikan kemungkinan bahawa PR yang menjadi punca tragedi tersebut sama ada secara langsung, tidak langsung serta halus. Tragedi yang sama mungkin berulang jika PR begitu terdesak untuk menang dalam pilihanraya akan datang

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN