Keputusan Pemilihan CEC Bukti Pemimpin Melayu DAP Tidak Mendapat Tempat – Penganalisis

++

kongres DAP Kebangsaan salon kelantanOrang Melayu perlu mengambil iktibar daripada keputusan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)DAP di Pulau Pinang semalam yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin Melayu parti itu kecundang dan tidak mendapat tempat dalam kepimpinan parti.

Penganalisis politik Dr Azmi Hassan berkata keputusan itu jelas memperlihatkan DAP yang dikatakan parti berbilang kaum sebelum ini cuma cakap kosong dan seperti tulisan di atas kertas sahaja.

Beliau berkata sikap anggota peringkat akar umbi DAP yang tidak mengundi pemimpin Melayu jelas menunjukkan mereka tidak menginginkan kaum lain menerajui parti itu.

“Sikap anggota DAP menunjukkan mereka hanya mementingkan kaum mereka dan tidak mahu berkongsi kuasa dengan dengan kaum lain,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Azmi yang juga Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata beliau turut tidak menolak kemungkinan sekiranya DAP berpeluang mentadbir negara ini, nasib sama akan berlaku kepada pemimpin Melayu lain.

“Atas apa yang berlaku ini, orang Melayu perlu mengambil pengajaran sebab begitu terang sekali menunjukkan DAP tebal dengan sikap mementingkan kaum sendiri,” katanya.

Calon yang disingkir ialah Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari (305 undi), Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748 undi), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121 undi), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi), Roseli Abdul Ghani (39 undi) dan Harun Ahmad (28 undi).

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata perjuangan orang Melayu dengan DAP ibarat satu perjuangan yang sia-sia.

Beliau berpendapat sekiranya orang Melayu menyertai parti itu diumpamakan sebagai tindakan yang membahayakan kesucian dan kedudukan Islam di negara ini.

“Mereka (orang Melayu) masuk DAP seolah-olah turut menyokong satu parti yang menginginkan kesamarataan agama dalam negara ini…tiada hak istimewa agama Islam,” katanya.

Sehubungan itu Syed Hassan menyeru orang Melayu membuka mata dan minda dengan luas terhadap kepentingan menjaga kesucian Islam dengan cara tidak menyokong DAP.

“Kalau hendak sokong parti, tengok dulu perjuangan sesuatu parti itu. Kena pandai menilai dan memilih parti mana. Pilih parti yang ada untuk perjuangkan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad pula berkata kejadian yang menimpa lapan pemimpin Melayu DAP itu jelas membuktikan parti dominasi kaum Cina itu menafikan hak orang Melayu dalam DAP.

Beliau yang juga bekas Ketua AMK (PKR) Kelantan mencabar pemimpin Melayu yang masih berada dalam DAP supaya segera meninggalkan parti itu bagi menjamin hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

“Sekiranya DAP memerintah negara ini apakah jaminan parti itu untuk memelihara hak istimewa orang Melayu dan mengekalkannya dalam perlembagaan?,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN