Sultan Selangor Minta Peranan Baginda Sebagai Ketua Agama Tidak Dimanipulasi

SultanSelangorSHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah meminta agar peranan baginda sebagai ketua agama Islam di Selangor tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu yang hanya mahu meraih publisiti.

Sultan Sharafuddin bertitah, sebagai ketua agama baginda perlu memastikan agama Islam terus dihormati dan ditempatkan pada martabat yang tinggi dalam segala hal ehwal negeri.

“Semasa pertabalan beta sebagai Sultan Selangor, beta telah berikrar untukmemelihara dan menjaga nama baik agama Islam yang suci ini. Beta secaraikhlasnya ingin melihat institusi masjid menjadi penyumbang kepada kemajuan danpembangunan di negeri Selangor ini.

“Beta bertanggungjawab memastikan kehidupan umat Islam khususnya orang-orang Melayu terbela,” titah baginda di Seminar Pengurusan Masjid di Masjid SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin mengingatkan agar keprihatinan baginda terhadap institusi masjid tidak disalah-ertikan.

Baginda bertitah masjid perlu digunakan sepenuhnya oleh rakyat Selangor untuk mengeratkan lagi semangat muhibah antara orang Melayu menerusi aktiviti berfaedah yang diadakan di masjid-masjid seluruh negeri.

“Walaupun di Selangor ini terdapat masyarakat Islam pelbagai keturunan,ideologi dan pendapat yang berbeza-beza, namun hakikatnya yang menyatukan kitaadalah agama Islam, maka jadikanlah masjid tempat yang paling sesuai untuk menyatu-padukan orang Melayu dan menjana pemikiran bernas bagi memajukan lagi negeri Selangor yang kita kasihi ini,” tatiah baginda.

Sultan Sharafuddin menyeru pegawai dan anggota Jawatankuasa Masjid di seluruh Selangor memain peranan penting dalam menjaga imej dan nama baik institusi masjid.

Titah baginda, anggota jawatankuasa masjid seharusnya menjadi kumpulan terdahulu yang menghalang perkara-perkara negatif berlaku dalam masjid seperti kegiatan berpolitik, penyebaran ajaran sesat, pepecahan antara jemaah serta aktiviti kuliah oleh penceramah yang tidak mempunyai tauliah.

“Beta bimbang sekiranya perkara ini berlaku ia boleh membawa kepada kebencian dan akhirnya pepecahan dalam kalangan umat Islam,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin mengingatkan supaya anggota jawatankuasa masjid tidak menyalahguna kuasa dan jawatan mereka untuk kepentingan peribadi.

Baginda bertitah bahawa baginda sering menerima aduan daripada jemaah masjidmengenai tingkah laku anggota jawatankuasa masjid yang tidak beretika.

“Beta mengingatkan mereka yang dipertangungjawabkan untuk mentadbirmasjid bahawa gerak-geri mereka diperhatikan dan beta menitahkan supaya pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan sekiranya kelakuan anggota jawatankuasa masjid menyalahi undang-undang dan merosakkan institusi masjid,” titah baginda.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN