Mesej @NajibRazak Kepada Pengundi Cina

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat Cina yang menyukai kepimpinannya harus memberi sokongan menyeluruh kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika mereka mahu beliau membawa lebih banyak kejayaan kepada negara menerusi program transformasi negara.

Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-66 minggu depan ketika diminta mengulas pemerhati politik mengatakan segolongan masyarakat Cina menyukai kepimpinan Najib tetapi bukan partinya serta BN dan berbelah bahagi untuk memberi sokongan.

Najib yang juga Presiden Umno dalam wawancara satu jam dengan Bernama dan Utusan Malaysia bagaimanapun, berkata beliau nampak ada angin perubahan bertiup dalam tahap sokongan terhadap kerajaan termasuk dalam kalangan kaum Cina berbanding 2008 kerana mereka suka dengan hala tuju kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai golongan masyarakat Cina yang masih berbelah bahagi menyokong kerajaan, beliau berkata “Kalau dia nak saya sebagai PM yang boleh membawa transformasi kepada negara sebagaimana yang mereka dah yakin selama ini, mereka perlu beri sokongan kepada saya.”

“Sebab PM yang kuat adalah PM yang mendapat sokongan secara menyeluruh, agar boleh membawa lebih banyak kejayaan kepada negara,” tambahnya.

Najib berkata seorang perdana menteri tanpa mandat menyeluruh adalah lemah dan boleh dipertikaikan, termasuk apa jua pembaharuan yang hendak dibawa sebab sebarang perubahan menghadapi banyak cabaran.

“Kepimpinan tanpa sokongan politik adalah kepimpinan yang tak ada kekuatan moral. Kalau tiada kekuatan moral, dia (pemimpin) sukar nak menghadapi cabaran-cabaran untuk bawa perubahan yang besar kepada negara,” kata Najib.

Sejak menjadi perdana menteri pada April 2009, Najib memperkenalkan pelbagai program transformasi menyeluruh meliputi sistem penyampaian kerajaan, politik dan ekonomi yang mula menampakkan hasil-hasil awal yang amat positif.

Perdana Menteri berkata walaupun Umno atau BN mempunyai beberapa kelemahan tetapi ia adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang.

“Jadi kalau mereka tak suka Umno atau BN, sekurang-kurangnya kita ini padu, sehaluan, cakap senada berbanding pembangkang yang dari segi asasnya ideologi pun dah bercanggah. Siapa jadi PM pun (dalam kalangan pembangkang) tidak seiya sekata,” tegas beliau.

Najib juga berkata dalam sistem politik negara, sekiranya golongan berkenaan menyukai kepimpinan beliau, mahu tidak mahu mereka perlu memberi sokongan kepada partinya iaitu Umno dan BN.

“Kalau tidak, pihak lain yang akan jadi PM dan bukan saya, maknanya orang lain yang dia tak nak jadi PM. Dan tonggak dalam sistem kita ialah sesiapa yang jadi PM,” ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut mengenai peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan sekarang, Najib berkata beliau sedar bahawa perubahan sikap memakan masa.

Mengakui bahawa kerajaan memang mempunyai masalah dengan pengundi Cina, beliau berkata bagaimanapun kerajaan tidak harus mengetepikan mereka sebaliknya meningkatkan pendampingan bagi memahami kehendak dan tuntutan mereka dan membuat respon.

Katanya beliau sedar bahawa kaum Cina yang tinggal di bandar tidak terlalu memerlukan kerajaan tetapi mereka juga harus sedar bahawa kejayaan mereka sebagai individu dan komuniti juga disebabkan dasar-dasar kerajaan.

“Kerajaan mewujudkan persekitaran yang memberangsangkan di mana mereka boleh cari peluang perniagaan, peluang majukan diri. Kalau lihat masa depan, mereka juga perlukan negara yang ditadbir urus dengan baik.

“Jadi BN boleh buat perkara ini di samping kita buat ‘adjustment’ kepada dasar-dasar kita yang mana mereka tak puas hati dan kelemahan-kelemahan yang mereka kata perlu kita perbaiki… umpamanya jenayah di bandar.

Beliau menegaskan bahawa selagi rakyat tidak puas hati dengan penurunan kadar jenayah, usaha itu akan diperhebatkan lagi untuk melenyapkan segala kekhuatiran mereka.

Najib juga menyangkal dakwaan parti-parti pembangkang bahawa Umno parti bersifat perkauman apabila menyeru kepada perpaduan orang Melayu dan kononnya ia hanya berjuang untuk kepentingan orang Melayu.

“Perpaduan Melayu bukan bererti kita menentang kaum lain sebab seperti saya katakan tadi, kita mesti bawa kaum lain bersama kita.”

“Ini semangat kita dah bawa sejak dulu lagi dari zaman Tunku (Abdul Rahman Putra Al-Haj), Tun Razak (Hussein). Kenapa kita nak ketepikan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin pengasas kita.”

Najib menegaskan bahawa pemimpin Umno sekarang, seperti pengasas-pengasasnya yang menubuhkan Perikatan dan kemudiannya BN, sedar bahawa kekuatan negara berpaksi kepada kerjasama antara kaum.

“Itu kita mesti pegang,” ujar beliau sambil menambah bahawa beberapa tindakan yang boleh menimbulkan persepsi bahawa Umno rasis patut dan akan kita perbetulkan,” kata beliau.

Najib berkata apabila kerajaan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia rakyat semua kaum lebih faham bahawa di negara ini, semua kaum mesti dapat manfaat daripada kepimpinan negara.

Katanya hasil kecekapan dalam tadbir urus negara, kerajaan dapat menentukan pertumbuhan ekonomi negara yang agak kukuh di mana bagi suku tahun ketiga tahun ini mencatat 5.2 peratus dan kerajaan dapat menyediakan lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Penambahan dalam pelaburan asing langsung (FDI) terus meningkat dari RM5 bilion pada 2009 kepada RM29.3 bilion pada 2010 dan pada 2011 meningkat lagi kepada RM36.6 bilion.

“Semua pencapaian ini orang kata bertentangan dengan arus ekonomi dunia,” katanya sambil menambah negara memperoleh tahap keyakinan yang tinggi hasil pencapaian tersebut.

Perdana Menteri berkata dasar dan program pembangkang seperti terkandung dalam ‘Buku Jingga’ dan Belanjawan 2013 mereka tidak mendapat penilaian tinggi daripada pakar-pakar ekonomi.

“Kalau kita tanya ‘investment bankers’ dan penganalisis kewangan ‘fund managers’ mereka tidak memberi penilaian yang tinggi kepada apa yang dikemukakan oleh pakatan,” kata beliau sambil menambah maknanya mereka melihat cuma BN merupakan kerajaan yang ‘viable’.

Katanya program transformasi negara sekarang untuk melonjak negara menjadi maju dan berpendapatan tinggi tidak mungkin dapat dilakukan dalam tempoh tiga atau empat tahun dan memerlukan masa yang lebih lama lagi.

“Presiden (Barack) Obama pun tuntut satu penggal lagi sebagai Presiden (Amerika) sebab dia kata mustahil nak buat pembetulan apa yang dilakukan zaman (Presiden George) Bush dalam masa empat tahun,” katanya.

Selanjutnya Najib berkata sekiranya BN mendapat mandat kuat daripada rakyat dalam PRU-13 dengan izin Allah, beliau beriltizam menggunakan jawatannya dan kekuatan kepimpinan moral daripada mandat tersebut bagi melakukan perkara yang lebih hebat dan lebih gah bagi Malaysia.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN