Guling BN lebih utama Berbanding Isu Kebebasan Beragama Di Kalangan Orang Melayu – @nikabdulaziz

KOTA BHARU 15 Nov. – Dewan Ulama Pas menganggap usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ‘lebih besar‘ berbanding isu kebebasan beragama di kalangan orang Melayu yang dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)

http://1christians.blogspot.com/2012/11/nurul-there-should-be-no-compulsion-in.html

+++++++

Ulama PAS Sifatkan Kenyataan Nurul Izzah Perkara Kecil, Tak Perlu Bertaubat

Dewan Ulama PAS menyifatkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama sebagai kecil dan remeh serta tidak perlu diperbahaskan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Harun Taib berkata pemimpin PKR itu tidak perlu bertaubat kerana beliau bukan melakukan kesalahan besar.

“Isu Nurul Izzah bukanlah besar, tak ada masa saya nak bahaskan isu itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau ditanya laporan akhbar berhubung kenyataan beberapa pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya Nurul Izzah bertaubat ekoran kenyataannya yang menimbulkan kontroversi itu.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?” di Subang Jaya, Selangor.

Menurutnya, beliau akan tetap menegur kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pakatan pembangkang terutama berkaitan agama, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri jika ia ternyata salah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataannya terdahulu bahawa golongan ulama akan terus mendominasikan kepimpinan PAS di masa akan datang, beliau berkata ini sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Katanya, golongan ulama adalah pewaris Nabi yang bakal mewarisi kepimpinan gerakan Islam di negara ini.

“Dalam hubungan ini, kita tiada kompromi, sampai bila pun PAS akan dipimpin oleh golongan ulama sebagaimana terkandung dalam perlembagaan parti,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui parti itu juga fleksibel dalam keadaan tertentu, di mana boleh melantik pemimpin bukan daripada kalangan ulama, seperti Allahyarham Datuk Asri Muda sebagai Presiden parti pada satu ketika dahulu.

Bagi menangani isu pemimpin ulama yang uzur kerana faktor usia, Dr Harun berkata ia merupakan salah satu cabaran hebat yang harus dipikul oleh generasi baharu parti itu.

Mengenai percanggahan pendapat berhubung agama antara pemimpin PAS dengan pemimpin parti komponen pakatan pembangkang, beliau berkata, ia tidak menjejaskan hasrat PAS untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.

Katanya, kalau adapun suara-suara sumbang daripada pemimpin DAP, termasuk Karpal Singh mengenai pembentukan negara Islam, ini adalah kerana pemimpin DAP masih belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

Sebaliknya, kata beliau PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN