Nurul Izzah nak saman media, Anwar salahkan UMNO!

AGENDADAILY – Ramai petugas media mengharapkan Nurul Izzah Anwar yang turut serta dalam satu sidang media pembangkang yang mempersoalkan perbelanjaan Kementerian Pelajaran di Lobi Parlimen, pagi Selasa bersedia menjawab isu kebebasan beragama.

Malangnya, ahli parlimen Lembah Pantai itu ‘gam’ mulut dengan alasan nasihat peguamnya.

Beliau hanya menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada Jabatan Agama Islan Selangor (Jais) jika mahu menyiasat kenyataannya dalam satu forum, Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR itu juga menegaskan akan memanggil akhbar Utusan Malaysia yang didakwa sengaja sensasikan isu tersebut.

Malah kata Nurul Izzah, peguamnya akan mengambil tindakan seterusnya terhadap akhbar itu.

Sebelum sempat wartawan mengemukakan soalan lain, beliau segera bangun dan beredar.

Sebaliknya, petang tadi Nurul Izzah keluarkan kenyataan selain Utusan Malaysia, akhbar Berita Harian turut akan dikenakan tindakan undang-undang berhubung laporan isu kebebasan beragama itu.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar tersebut dan kemungkinan beberapa blog yang didakwa memutar belit kenyataannya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah akan mewakili beliau dalam hal itu.

“Saya tidak rela fitnah akidah begini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi menegakkan kebenaran dan keadilan,” kata Izzah.

Dan seperti biasa, selain media akan disaman, UMNO pasti jadi sasaran pembangkang jika sesuatu isu berkatan mereka didedahkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa UMNO mempolitikkan kenyataan anaknya itu sebagai tindakan yang terdesak untuk menarik perhatian orang Melayu.

“Ini soal agama, bukan mainan. Kalau UMNO hendak guna agama, Jais perlu ambil tindakan terhadap kenyataan orang Islam yang terlibat dalam perjudian dan kenyataan yang menyesatkan tetapi (Jais) tiada (ambil tindakan).

“Inilah sebab kenapa saya pandang serius,” ujar beliau ketika ditemui di lobi Parlimen.

Menurutnya, beliau percaya Jais telah menerima panggilan dari pemimpin UMNO untuk lebih menghangatkan isu tersebut.

“UMNO terdesak. Saya rasa Jais terima panggilan dari UMNO untuk panggil Izzah,” kata Anwar.

Anwar turut membidaskan tindakan ustaz UMNO yang berdiam diri mengenai isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan di dalam UMNO sebaliknya menyerang Nurul Izzah dengan gambaran menyokong ‘Pluralisme’.

“Pluralisme yang dibantah adalah untuk menyamakan semua agama, ini soal aqidah.

“Padahal kezaliman, rasuah dan penyelewengan Umno, ustaz Umno tidak berani sentuh,” tambah beliau lagi.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam sidang medianya semalam mengumumkan akan menjalankan siasatan lanjut terhadap rakaman ucapan Nurul Izzah di sebuah forum anjuran pergerakan Kristian, bersabit orang Melayu diberi kebebasan untuk memilih agama mereka.-6/11/2012- OLEH ROSLAN BIAN

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN