Sultan Selangor Terkejut, Kesal Dengan Kenyataan Nurul Izzah – Mais

++++

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),”

“When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.”

SHAH ALAM:
 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

“Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial ‘Facebook’nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Nurul Izzah

Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.

“Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.

“Mais bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, Mais mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menasihatkan Nurul Izzah menarik balik kenyataan beliau dan bertaubat memohon keampunan Allah atas kejahilan beliau.

“Nasihat saya pada Nurul Izzah, kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa.

Rosnah berkata kenyataan Nurrul Izzah itu mempunyai implikasi yang sangat besar terutama kepada generasi muda kerana ia membuka ruang kepada gerakan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

“Puteri Umno ingin melihat pimpinan tertinggi PAS, terutama Dewan Muslimah PAS tampil dan menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.

“Apakah Dewan Muslimah PAS akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan?,” soal beliau.

Rosnah bertanya: “Apakah PAS yang menyatakan diri mereka sebagai kononnya pejuang Islam sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut serta secara buta mempertahan kenyataan pemimpin PKR ini walaupun jelas kenyataan itu salah”.

Beliau berkata dalam keghairahan berpolitik seharusnya Nurul Izzah sedar bahawa umat Islam masih ada batasannya.

“Kita tidak boleh mengamalkan pluralisme di mana semua adalah sama dalam konteks agama mahupun liberalisme di mana keterbukaan dipraktikkan sehingga tiada batasan.

“Mengapa Nurul Izzah perlu menggunakan taktik murahan demi meraih undi orang yang bukan beragama Islam? Adakah pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup menggadaikan agama sendiri demi meraih kepentingan politik?” soalnya lagi.

Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia meminta Majlis Fatwa Kebangsaan memberi respons segera terhadap kenyataan Nurul Izzah itu.

Setiausaha Agungnya Syed Anuar Syed Mohamad berkata ini bagi mengelak timbul kekeliruan sehingga merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Gagasan itu juga menggesa pemimpin PAS tampil memberikan kenyataan mereka berhubung isu ini.

“Jadi kita serahkan pada rakyat untuk menilai sendiri sejauh mana kemampuan PKR mentadbir negara kelak kerana sekarang ini pun mereka sudah nampak bercelaru,” katanya kepada pemberita.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN