MB Selangor tidak hormat Laporan Audit Negara @zinmohamed

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed, Koordinator BN Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) apabila mempertikaikan jumlah kelahiran di negeri itu dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas iaitu seramai 313,706 orang.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata penafian Abdul Khalid bahawa angka kelahiran tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran untuk skim itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 hanya 23.7 peratus.

“Adakah Menteri Besar mengatakan bahawa hampir 80 peratus kelahiran lagi merupakan bukan warganegara? Persoalan penting ialah bagaimanakah kerajaan negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun.

“Ini kerana sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak kerajaan negeri untuk menghasilkan pulangan berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar,” katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.

Mohd Zin mendakwa peruntukan untuk TAWAS juga digunakan secara tidak seimbang apabila daripada RM13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk skim itu, sebaliknya RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.

Beliau berkata ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membelanjakan 98 peratus dari peruntukan RM5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4 peratus sahaja yang mendapat faedah daripadanya.

“Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi daripada wang yang diagihkan dan ke manakah bagi RM5.5 juta lagi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran.

Mohd Zin berkata Laporan Ketua Audit Negara turut merekodkan bahawa kerajaan persekutuan memberikan RM375.9 juta kepada kerajaan Selangor bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri sepanjang 16,013 kilometer, tetapi kerajaan negeri didakwa hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan peruntukan.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan wang kerajaan negeri meningkat tetapi hakikatnya peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.

“Tidak guna jika Abdul Khalid berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor masih lagi mempunyai infrastruktur tidak sempurna di sesetengah kawasan,” katanya.

Mohd Zin berkata Laporan Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010 dan selain itu, berbanding 2010, kerajaan negeri turut membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal.

“Abdul Khalid kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemah, sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan sama ada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajikan lain.

“Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN