Perjanjian Damai MILF-Filipina Buktikan Kehebatan Malaysia

Dengan pengumuman perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), maka penduduk Bangsamoro akhirnya mampu mengimpikan melihat cahaya di hujung terowong. Pengumuman berhubung rangka perjanjian itu dibuat berikutan rundingan peringkat awal antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang diadakan di ibu negara Malaysia pada 2 hingga 7 Okt.

Sebanyak 32 rundingan telah diadakan sebelum kedua-dua pihak dapat mencapai situasi menang-menang bagi menamatkan 40 tahun penderitaan yang membawa kepada lebih 120,000 kematian.

Melalui perjanjian ini, sebuah entiti politik akan ditubuhkan di barat daya Filipina di mana majoriti penduduknya adalah Islam. Melalui entiti ini, mereka yang selama ini memegang senjata diharap akan dapat menumpukan tenaga mereka untuk mengusahakan tanah, menjual hasil tanaman, mengendalikan berbagai jenis pekerjaan dan membuka peluang kepada semua golongan untuk hidup bersama.

Secara tidak langsung, ini akan membantu entiti terbabit menjana pendapatan dan cukai levi bagi pentadbiran. Selain itu, sistem mahkamah sivil akan dipertingkatkan dan sistem mahkamah syariah untuk umat Islam akan diperkembangkan. Di masa yang sama, kerajaan Filipina mempunyai kuasa ke atas hal ehwal pertahanan, keselamatan, polisi asing, polisi kewangan, kewarganegaraan dan sistem pos.

Walaupun Malaysia adalah negara asing yang tidak terlibat dengan krisis di Filipina, namun tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia berkongsi kemenangan yang dicapai oleh kedua-dua pihak dalam rundingan ini.

Dan tidak salah juga jika digelar Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai arkitek Perjanjian Damai MILF-Filipina berdasarkan komitmen beliau dalam usaha ini yang bermula sejak 2001 melalui penubuhan Pasukan Pemantau Antarabangsa.

Pada tahun 2004, Dato’ Seri Najib sendiri menjadi peneraju kepada Pasukan Pemantau Antarabangsa dalam isu MILF ini. Dan apabila menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau secara peribadi memastikan Jabatan Perdana Menteri meningkatkan usaha ini agar matlamat kedamaian dapat dicapai seberapa segera sehingga akhirnya membawa kepada perjanjian ini.

Justeru, tidak hairanlah kenapa Dato’ Seri Najib begitu teruja untuk turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersejarah ini.

Dari sudut yang lebih luas, perjanjian ini dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia dalam memperjuangkan keamanan dunia. Malaysia telah menempa nama sebagai agen keamanan yang dedikasi dan komited di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dan telah berkhidmat dengan cermerlang dari Somalia hingga ke Balkan.

Malah, sumbangan Malaysia kadangkala lebih daripada luar jangkaan, contohnya, di Afghanistan, di mana Malaysia memainkan peranan dalam pemulihan semula sebuah negara dengan menghantar pegawai perubatan wanita Islam yang amat diperlukan. Di selatan Thailand pula Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk membantu pembangunan sosioekonomi di empat wilayah yang majoritinya penduduk adalah orang Islam.

Dalam usaha memerangi keganasan global pula, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan proaktif dalam memastikan Malaysia tidak menjadi sama ada sebagai tempat tumpuan dan begitu juga sebagai sebuah pusat transit untuk operasi pengganas.

Dengan sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia serta pengalaman Dato’ Seri Najib dalam menangani isu-isu keamanan, kita yakin yang nama Malaysia akan terus mengharum sebagai negara yang mempromosi keamanan melalui tindakan dan bukan retorik atau sekadar ucapan. Semoga Malaysia di bawah teraju Dato’ Seri Najib dapat terus mempertingkatkan usaha yang dimulakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam menjadikan Malaysia sebagai teladan dalam isu-isu keamanan sekali gus membawa kemakmuran di rantau ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN