Haron Din tempelak Anwar sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal

Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar di Lake Club Kuala Lumpur baru-baru ini.

 Sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal

Kuala Lumpur: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dan menolak Islam sebagai asas penubuhan negara.

Ini berikutan Anwar melancarkan sebuah buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan karya penulis yang juga bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali dengan nama MJ Akbar, minggu lalu.

Meremehkan Islam

Malah pemimpin pembangkang itu juga membenarkan penulis terbabit meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda perjuangan PAS.

Haron yang dipetik portal berita AntaraPos berkata, beliau kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Bukan direstui PAS

Beliau turut meminta rakyat supaya tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

“Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

“Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

“Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar dan dia tiada asas politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” katanya dipetik portal berita itu.

Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR malah menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara sempurna.

“Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari ketika mengulas perkara itu berkata, apa yang dilakukan Anwar itu bukan sesuatu yang baru malah ini bukan kali pertama Anwar tidak menghormati pandangan rakan sekutu khususnya PAS.

“Tindakan yang dilakukan Anwar itu bertujuan menjaga hati rakannya dari Barat terutama mereka yang rancak melancarkan pemikiran Islam liberal di kalangan umat Islam,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu sebegini kerana ia membabitkan prinsip dan perjuangan parti.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN