Ceramah Tuntutan Royalti Minyak Kurang Sambutan

Ura-ura PAS Kelantan mahu menggegarkan Shah Alam dengan ceramah bersaiz mega yang menampilkan kepala-kepala parti pakatan pembangkang PR nampaknya gagal direalisasikan apabila hanya kira-kira 2,000 orang sahaja yang hadir ke Ceramah Mega Sempena Konvoi ROYALTI Ke Putrajaya.

Gembar-gembur kononnya lebih 20,000 orang rakyat Kelantan di perantauan serta penduduk tempatan akan memeriahkan program tersebut yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu nyata hanya gah dari segi propaganda sahaja, namun realitinya sambutan yang diterima agak hambar.

Mood khalayak ramai jelas semakin kurang berminat untuk meramaikan majlis PR. Satu senario yang tentunya agak menggusarkan ramai pemimpin pembangkang saat ini.

Malah Anwar Ibrahim yang menjadi pemimpin paling awal berucap, seperti tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya melihat hadirin yang hanya memenuhi ruang depan pentas dan jalanraya berdekatan sahaja manakala di atas padang masih banyak ruang kosong jelas kelihatan.

Ketua Umum PKR itu kemudiannya dilihat meninggalkan majlis selepas selesai memberi ucapan dan membaca lafaz ikrar menyokong tuntutan royalti minyak untuk Kelantan.

Ceramah ini dianjurkan oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI), sebuah NGO yang merupakan proksi kepada PAS Kelantan dan orang yang menjadi tulang belakang kepada penubuhannya ialah Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Mengikut perancangan awal mereka, kira-kira 1,400 orang rakyat Kelantan akan berkonvoi ke Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya secara berkonvoi menaiki 600 buah kenderaan.

Bagaimanapun, jumlah sebenar yang menyertai konvoi nyata kurang dari sasaran apabila hanya kurang dari 100 buah kenderaan sahaja yang menyertainya termasuk empat buah bas.

Untuk menampung kekurangan tersebut, ramai ahli dan penyokong PAS sekitar Shah Alam dan Kota Raja dikerah meramaikan ceramah disamping turut diminta memakai baju merah berlogo R bagi menyertai konvoi ke Istana keadilan di Putrajaya.

Sementara itu di Putrajaya, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan kerajaan Kelantan untuk menangguhkan dua prosiding berkaitan isu royalti yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Keputusan tersebut kemudiannya disambut gembira oleh kira-kira 1,000 orang peserta himpunan Royalti yang berhimpun di perkarangan Mahkamah Persekutuan.

Selepas selesai berhimpun di Putrajaya, konvoi tersebut dilaporkan akan singgah di KLCC, barangkali untuk membeli belah, menikmati permandangan sambil berdemo tunjuk perasaan.

Apapun, baik ketika NGO proksi PAS ini mengadakan ceramah mega yang langsung tidak mega yang dihadiri Anwar, Hadi Awang dan Nik Aziz mahupun ketika mereka berhimpun di Putrajaya, tampak jelas sambutan orang ramai untuk program pro pembangkang semakin berkurangan.

Senario ini mirip seperti suasana suram yang menyelubungi pakatan pembangkang semasa menjelang Pilihanraya Umum 2004.

Tika itu sebahagian besar program dan majlis politik anjuran mereka juga kurang mendapat sambutan sehingga memaksa PAS dan PKR membuat kerahan tenaga memaksa ahli-ahlinya meramaikan majlis anjuran mereka.

Jika trend ini berterusan, tidak mustahil PRU 13 nanti pakatan pembangkang akan mengulangi kejatuhan mendadak hampir sama seperti PRU 11 2004 dulu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN