Sunday, January 17, 2021
Spread the love

2 rumah ranap akibat tanah runtuh di Keningau

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KIMANIS: Dua rumah ranap dalam kejadian tanah runtuh di KM26.6 Jalan Keningau-Kimanis awal pagi tadi akibat hujan lebat.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu berlaku di kawasan berbukit setinggi 150m dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis, Zainal Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.51 pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati runtuhan setinggi 150m dan memusnahkan 2 rumah yang tidak berpenghuni.

“Dari pengamatan awal kami, jika hujan berlarutan, kemungkinan berlaku lagi kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, kejadian tanah runtuh itu kali pertama berlaku di sepanjang Banjaran Crocker di Kimanis.

Difahamkan, terdapat 9 rumah didirikan di sekitar kawasan tanah runtuh itu dan puluhan lagi rumah di kawasan lereng bukit sepanjang Banjaran Crocker.

Sementara itu, Pegawai Daerah Papar, Ghulam Rasul Hapli berkata, rumah di lokasi tanah runtuh itu dibina secara haram.

Katanya, kawasan itu di bawah pengawasan Taman-taman Sabah dan tiada pembinaan dibenarkan di sepanjang Banjaran Crocker.

“Sebarang pembinaan adalah tindakan menceroboh dan kerajaan juga tidak membenarkan pembinaan rumah atau sebarang struktur di kawasan lereng serta cerun bukit.

“Selepas ini, kita akan bersihkan kawasan runtuhan hari ini dan meletakkan papan tanda amaran tanah runtuh sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya,” katanya di lokasi kejadian hari ini.

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -