Monday, April 12, 2021
Spread the love

1MDB: kenapa hanya sebut hutang, tak sebut aset dan apa yang telah bina dan selesaikan

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

PH sedang memainkan jawapan hutang 1MDB yang diberi Menteri Kewangan PN berdasarkan soalan ahli parlimen Pejuwang Amiruddin Hamzah.

Menteri Kewangan PN jawab hutang 1MDB adalah RM41.36 bilion setakat July 2020.

Tapi Amiruddin tak tanya pula nilai aset-aset 1MDB, apa yang kita perolehi dari hutang ini dan dari mana akan datangnya wang untuk membayar hutang ini.

Biar saya jawab secara ringkas:

1. Penjimatan dari IPP: RM200 bilion

Menyelesaikan masalah IPP berat sebelah boss Pejuwang dia menjimatkan Petronas sebanyak RM10 bilion untuk 20 tahun akan datang.

2. Membina dan menaik taraf 8 pangkalan udara – RM3 bilion.

DOSA 2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.

3. Projek Bandar Malaysia: RM92 bilion

Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

Anggaran keuntungan dari projek jangkamasa panjang 20 tahun ini adalah RM92 bilion.

4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

5. Wang yang sudah dikembalikan dari DOJ Amerika Syarikat: RM2.6 bilion.

6. Wang penyelesaian dari Goldman Sachs – RM16.4 bilion (US$3.9 bilion)
https://www.aljazeera.com/ajimpact/1mdb-goldman-sachs-finalises-39bn-settlement-malaysia-200819033455074.html

7. Perjanjian penyelesaian yang masih dalam rundingan dengan IPIC kerajaan Abu Dhabi – sehingga RM29.4 bilion (US$7 bilion)

“24 Ogos 2020: New bid to settle 1MDB claims with Abu Dhabi”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/08/23/new-bid-to-settle-1mdb-claims-with-abu-dhabi

Jika kerajaan BN diteruskan selepas PRU14, sudah tentu kita akan dapat menyelesaikan segala masalah 1MDB dan memajukan aset-aset mereka dengan baik.

Saya pernah jawab Amiruddin Hamzah secara terperinci di sini dan cabar dia nafikan perkara di atas. Saya tanya dia kenapa hanya sebut hutang tapi tak sebut aset dan apa yang 1MDB telah bina dan selesaikan tapi dia bisu:
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10157178957440952?__tn__=K-R

Saya juga tanya dia apa kebaikan dari hutang RM140 bilion yang dibuat PH dalam 22 bulan mereka memerintah, dia bisu.

Saya tanya dia apa aset dan berapa banyak wang yang kita mampu kembalikan dari skandal BNM Forex RM32 bilion (RM100 bilion nilai sekarang) boss Pejuwang dia, dia juga membisu kerana satu habuk aset pun tak dapat dikembalikan.

Facebook Najib Razak

Rujukan:

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -