DEBAT KECOH & BATAL! KHALID IBRAHIM DI BANGKOK!

4 penyokong dari pakatan pembangkang ditahan polis kerana membawa senjata merbahaya

Debat yang sepatutnya berlangsung antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee  Yong berkaitan isu penyelewengan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) malam ini tidak menjadi realiti apabila Abdul Khalid gagal menampilkan diri.

Beliau dikatakan berada di Bangkok, Thailand atas urusan yang tidak mampu diperjelaskan oleh wakil-wakilnya yang hadir malam ini.

Sebaliknya, empat orang wakil Abdul Khalid yang dihantar untuk berdebat dengan Tee Yong berkaitan isu dakwaan penyelewengan itu juga bertindak keluar dewan selepas duduk seketika apabila Tee Yong dengan jelas menyatakan beliau enggan berdebat dengan mereka.

Tee Yong sebelum ini secara konsisten menyatakan hanya mahu berhadapan dengan Abdul Khalid sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.

Keempat-empat wakil Menteri Besar yang hadir ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang) dan Dr. Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) serta  Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.“Saya tidak halau wakil-wakil MB dari dewan, mereka keluar sendiri.

“Apa pun, selepas ini saya akan cari MB lagi dalam bulan ini untuk tetapkan tarikh baru debat,” kata Tee Yong pada sidang akhbar yang diadakan selepas Abdul Khalid gagal muncul.Bagi pihak Tee Yong, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Abdul Khalid bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu Talam.

Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal Talam kepada penyokong  yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar pulang.

Dalam pada itu, keempat-empat wakil Khalid Ibrahim gagal memberitahu tujuan menteri besar ke negara jiran.“MB tidak ada pada malam ini, kerana pergi ke Bangkok. Itu sahaja saya boleh katakan,” jelas Tony Pua dalam sidang akhbar berasingan sejurus selepas keluar dari dewan  debat.

Sementara itu, berlaku kekecohan hampir 10 minit sewaktu empat wakil kerajaan negeri Selangor keluar meninggalkan dewan.

Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih menunggu di dalam dewan.

Tindakan seorang penyokong pembangkang berbangsa Melayu menjerit perkataan‘Cina Babi’ hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.

Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan.  – Mynewshub

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN