Krisis Air Selangor : BN Selangor kemuka bukti @ZinMohamed

Mohd Zin menunjukkan memorandum berhubung arahan KPS kepada Abass untuk kurangkan pengeluaran air terawat kepada 120 juta gelen.

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengemukakan memorandum didakwa bukti arahan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) untuk mengurangkan pengeluaran air terawat kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, memorandum tersebut dihantar kepada Abass, Syabas, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) bertarikh 29 Disember tahun lalu.

Menurutnya, beliau mendakwa memorandum tersebut mengandungi arahan KPS kepada Abass supaya menurunkan pengeluaran air terawat kepada 120 juta gelen sehari pada 10 Ogos tahun lalu.

“Pihak KPS mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka mengarahkan Abass untuk mengurangkan pengeluaran air terawat malah memberikan data pengeluaran air daripada Abass bermula Januari tahun lalu hingga Februari lalu.

“Hakikatnya memorandum dikeluarkan KPS kepada Abass bertarikh 29 Disember dan ini bermaksud arahan ini adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari tahun lalu malah turut disertakan surat ditujukan kepada SPAN dan Syabas dengan maksud sama,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Shah Alam di sini, semalam.

Mohd Zin berkata, pihaknya kecewa kerana arahan tersebut jelas membuktikan mereka membelakangkan kepentingan rakyat.

“Hakikatnya rakyat Selangor memerlukan bekalan air terawat berterusan dan Kerajaan Negeri bertanggungjawab menyediakan sumber bekalan ini untuk diagihkan.

“Kalau kata Syabas tak efisien, pembohongan semata-mata. Dia yang suruh kurangkan pengeluaran air terawat daripada 140 kepada 120 juta gelen sehari.

“Bila kita cakap pasal Loji Rawatan Air Langat 2 untuk selamatkan rakyat, mereka cakap pasal lombong di Semenyih. Itu penuh dengan air tak terawat. Kita cakap mengenai air terawat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menafikan tindakan KDEB memberikan arahan kepada Syabas berhubung perkara terbabit.

“Kenyataan itu tidak benar. Saya telah meminta KDEB dan KPS jika perlu mengambil tindakan undang-undang ataupun peguamnya untuk meminta penjelasan daripada mereka yang membuat kenyataan tersebut. Keputusan ini dibuat selepas perbincangan dengan SPAN, itu keputusan bersama SPAN,” katanya.

Minggu lalu, Mohd Zin mendakwa tindakan KDEB mengarahkan Abass itu menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abass mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN