Jawatankuasa Bebas Siasat Insiden Monorel Tersangkut

KL Monorel menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat secara terperinci insiden monorel tersangkut di atas landasan di Brickfields Sabtu lepas.

Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali berkata jawatankuasa tersebut ditubuhkan hari ini dan disertai petugas Prasarana Negara.

“Dijangka siasatan siap awal bulan hadapan dan hasilnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Azhar berkata buat masa ini, tren terbabit sedang dikuarantin daripada sebarang operasi.

“Penubuhan jawatankuasa ini merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang biasanya ditubuhkan bila sesuatu insiden berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, katanya insiden itu merupakan kali pertama berlaku sejak perkhidmatan Monorel diperkenalkan iaitu pada tahun 2003.

Sementara itu, wakil KL Monorel, Masnizam Hisham melakukan lawatan terhadap dua mangsa insiden tersebut yang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.

Masnizam dalam satu kenyataan berkata seorang daripada mangsa yang mengandung lima bulan, Nur Afiqah Ghazali, 25, menceritakan ketika kejadian, dia bersama suaminya dalam perjalanan untuk membeli-belah tetapi tidak menyangka insiden itu berlaku.

“Nur Afiqah berkata: “Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana mengalami ‘dehidrasi… Alhamdulilah segalanya selamat… doktor mengesahkan kandungan saya selamat,” kata Masnizam.

Menurut Masnizam, seorang lagi penumpang, Rosita Aggraeni Lutfi memberitahu dia tidak dapat bercerita tentang insiden tersebut memandangkan dia pengsan selepas enjin Monorel terbabit berhenti.

“Menurut Rosita dia dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk menghantar baju yang syarikat sewa… tiba-tiba tren berhenti diikuti lampu dan pendingin hawa padam.

“Beliau mengalami sesak nafas dan pengsan, sedar-sedar beliau telah berada di hospital kerana menerima rawatan ‘intravena’ air sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian,” kata Masnizam.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN