Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

Siasatan dijalankan sama ada wujud jenayah iaitu khianat dan kecuaian.

Polis mengesahkan berlaku kerja-kerja mengorek tanah di sekitar lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerja-kerja itu dilakukan sebelum kejadian bagi tujuan menggantikan paip-paip kumbahan sedia ada berada 30 meter dari pusat letupan itu.

Katanya, polis telah mengenal pasti pemaju, kontraktor dan sub kontraktor dan pekerja yang terlibat yang menggunakan dua jentera iaitu jengkaut (excavator) dan jentolak (backhoe).

“Kerja-kerja itu telah dihentikan pada 30 Mac lalu. Hasil siasatan polis dapati excavator turut terbenam dalam lubang itu.

“Adakah kerja-kerja mengorek ini boleh menyebabkan letupan? Perlu disiasat lanjut bagi mengenal pasti perkara yang lain selain menemui keterangan fizikal yang lain,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas Hussein, backhoe itu pula telah dibawa keluar sehari sebelum berlakunya letupan gas.

“Bagaimanapun siasatan masih dilakukan sedalam dan sejauh mana kerja-kerja mengorek itu,” katanya.

Justeru, Hussein menegaskan, siasatan dijalankan sama ada wujud jenayah iaitu khianat dan kecuaian.

“Polis telah membuka kertas siasatan dibawah Kertas Inkuiri Polis yang mempunyai kuasa-kuasa polis dalam mendapatkan maklumat untuk mengetahui adakah sebarang unsur jenayah,” katanya.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN