@NohOmar Persoal Tindakan MB @Kalid_Ibrahim Arah Unisel Beli Bangunan PKNS Jutaan Ringgit : #SSYBN :

TANJONG KARANG: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan tindakannya mengarahkan Universiti Selangor (Unisel) membeli bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kota Puteri, Kuala Selangor untuk dijadikan asrama baru sedangkan beliau mendakwa universiti itu menanggung hutang sejak sekian lama.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar juga mempersoal tindakan Abdul Khalid membeli bangunan berharga jutaan ringgit itu sedangkan asrama Unisel sedia ada mempunyai banyak kekosongan ekoran jumlah penuntut yang semakin kurang.

“MB kena jawab, saya nak tanya pengurusan Unisel… apa rasionalnya dia beli bangunan di Kota Puteri, yang juga dikatakan akan dibuat asrama… asrama yang ada pun tidak penuh, macam mana dia boleh beli bangunan baru.

“Ini menunjukkan bahawa pengurusan dan pentadbiran Unisel di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang tidak profesional,” katanya kepada pemberita di sini.

Noh mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mengakui Unisel menanggung hutang sejak sekian lama sehingga menjejas kemampuan universiti itu untuk membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama berjumlah hampir RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB). Beliau berkata pada zaman pentadbiran BN, Unisel tidak berdepan masalah kewangan, tetapi apabila pembangkang mengambil alih pentadbiran Selangor, perkara itu berlaku.

Katanya, Abdul Khalid sebagai tokoh korporat sepatutnya boleh menjaga pentadbiran dan pengurusan Unisel, yang merupakan institusi pendidikan swasta, dengan baik kerana beliau berpengalaman dalam soal itu.

Mengulas lanjut, Noh berkata masalah kewangan Unisel tidak sepatutnya berlaku kerana universiti itu boleh membayar sewa bangunan melalui sumber yang diperoleh daripada bayaran yuran dan sewa asrama oleh penuntutnya.

“Bila pelajar dapat duit pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), secara automatik duit itu telah dipotong bagi tujuan membayar sewa asrama dan yuran, sebelum baki pinjaman diserah kepada pelajar… jadi, kita nak tanya MB, mana perginya duit yang telah dibayar pelajar itu,” katanya.

Mengulas kenyataan Abdul Khalid berhubung kelewatan pendedahan laporan audit kewangan Unisel kerana banyak perkara perlu diperbetul oleh kerajaan negeri, Noh berkata beliau mempunyai bukti Abdul Khalid dan pegawai kewangan Selangor telah menandatangani laporan itu.

Beliau turut mendesak isu Unisel dibawa ke Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â