@NajibRazak : Isu Lajim ‘tak ganggu’ pelan PRU13

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

KUALA LUMPUR – Isu melibatkan Sabah khususnya keputusan Datuk Seri Lajim Ukin tidak akan melambatkan rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

“Ia tidak akan melambatkan rancangan untuk diadakan pilihan raya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Najib yang disebut-sebut akan memanggil PRU13 selepas sambutan Aidilfitri berkata, kemungkinan ia akan diadakan tahun ini dan jika tidak, tahun depan.

“Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Sama ada tahun depan atau tahun ini.

“Tidak boleh menganggap ia (diadakan) tahun ini, boleh jadi tahun depan. Tidak boleh menganggap tahun depan, boleh jadi tahun ini,” kata Presiden Umno ini.

Pada 28 Julai lepas, Lajim mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai anggota Umno.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri itu.

Umno juga dilaporkan menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim berhubung perletakan jawatannya dalam parti dan BN untuk dijawab bagi pertimbangan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan Umno.

Mengenai desas-desus bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan Lajim bertanding pada PRU13 atas tiket pakatan pembangkang, Najib berkata: “Itu biasalah, itu kerja dia. Dia biasa buat janji macam-macam.”

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau akan ke Sabah untuk bertemu dengan rakyat dan pemimpin BN di negeri tersebut pada 11 Ogos ini.

Pada masa itu, beliau juga akan mengumumkan butiran mengenai Suruhanjaya Diraja Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.

Sementara itu, ditanya mengenai persepsi umum terhadap kerajaan berhubung penahanan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Najib berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana ia sedang melalui proses mahkamah.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, sekiranya seseorang itu mempunyai maklumat sulit mengenai sesuatu, mereka seharusnya mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya kepada umum.

“… kerana jika anda dedahkan, anda menentang Bafia (Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan)… dan sebab kenapa Bafia wujud adalah bagi melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan.

“… kerana sesiapa yang mempunyai akaun dalam sistem kewangan mesti merasai bahawa orang itu dilindungi dengan baik atau jika tidak orang ramai tidak akan menyimpan wang dalam sistem itu dan ini bertentangan dengan kepentingan umum.

“Tetapi ia tidak bermakna kita akan membenarkan amalan rasuah atau pengubahan wang haram kerana anda akan sentiasa mendedahkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkenaan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â