Suspek kes tembak di pusat beli-belah Setia Alam dikenal pasti – Polis

Hasil siasatan mendapati mangsa dalam kejadian itu bekerja sebagai tukang cuci di dalam premis berkenaan dan ketika dia sedang menyimpan peralatan mencuci di aras P1, suspek tiba-tiba telah melepaskan empat das tembakan mengenai kaki serta punggung mangsa.

SHAH ALAM — Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki warga tempatan berumur 30-an yang berkulit cerah itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Polis sedang giat mengesan dan berusaha untuk menangkap suspek. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun, jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussein berkata pihaknya telah menerima tujuh laporan polis yang dibuat oleh saksi awam dan beliau menggesa mereka yang melihat atau mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Afandi Ahmad menerusi talian 016-7252948.

Terdahulu, Hussein berkata polis Selangor mengesahkan menerima maklumat orang awam berlakunya kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa dalam kejadian itu bekerja sebagai tukang cuci di dalam premis berkenaan dan ketika dia sedang menyimpan peralatan mencuci di aras P1, suspek tiba-tiba telah melepaskan empat das tembakan mengenai kaki serta punggung mangsa.

“Walaupun mengalami kecederaan, mangsa terus melarikan diri ke dalam pusat beli-belah untuk mendapatkan bantuan manakala suspek lari ke aras P2.

“Suspek kemudian bertindak menahan sebuah kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung pusat beli-belah itu sambil mengacukan pistol kepadanya serta memaksa untuk membawanya keluar dari kawasan Shah Alam,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein berkata ketika melalui sebuah lebuh raya, suspek telah meminta untuk berhenti di tepi jalan sebelum menghilangkan diri.

Semalam, tular dalam media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam.

Kes tembak yang pernah berlaku sebelum ini di pusat beli-belah Setia Alam

Pada 23 Mei 2024, satu kejadian tembakan telah berlaku di pusat beli-belah Setia Alam, Shah Alam, Selangor. Kejadian ini dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam. Mangsa kejadian tersebut adalah seorang lelaki berusia 36 tahun yang merupakan ahli perniagaan. Dia ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika sedang berjalan ke arah keretanya. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Polis telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti motif di sebalik kejadian ini dan mencari suspek yang terlibat. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Kejadian seperti ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan mengingatkan kita semua tentang pentingnya keselamatan awam. Pihak berkuasa tempatan dan polis mungkin akan meningkatkan pengawasan dan langkah-langkah keselamatan di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN