Weststar-GAP Aviation peroleh kontrak helikopter RM176 juta di Timor-Leste

Upacara pemeteraian tersebut telah disaksikan oleh pemimpin kerajaan serta industri utama seperti Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175.6 juta.

Weststar Aviation Group melalui satu kenyataan hari ini berkata perjanjian itu menguatkan lagi kedudukan Weststar sebagai penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir di rantau ini.

“Operasi di bawah kontrak ini akan bermula menjelang 1 Feb 2025,” katanya.

“Kontrak yang berstruktur untuk tempoh 12 bulan awal dengan opsyen bagi dua lanjutan selama enam bulan, akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan helikopter untuk menyokong operasi luar pesisir Santos di rantau Bayu-Udan,” katanya.

Kontrak tersebut menandakan pencapaian kritikal dalam strategi Weststar-Gap yang lebih luas untuk meningkatkan perkhidmatan penerbangan luar pesisir di Timor-Leste, dengan pertumbuhan prospektif ke medan Greater Sunrise dalam menyokong Eni dan Sunda Gas.

“Anggaran nilai potensi projek saluran paip Weststar-Gap dalam tempoh 10 tahun akan datang dijangka melangkaui US$400 juta (US$ 1 = RM4.39), menunjukkan peluang jangka panjang yang besar yang akan timbul daripada kerjasama ini,” katanya.

Untuk memenuhi kontrak ini, Weststar-Gap akan menggunakan dua helikopter Leonardo AW189 yang terkenal dengan prestasi dan kebolehpercayaan mereka yang unggul dalam persekitaran luar pesisir.

Pesawat ini akan didedikasikan untuk pertukaran kru termasuk perkhidmatan “medevac” (pemindahan perubatan) yang mana, ia akan beroperasi antara Dili, Timor-Leste dan Darwin, Australia, di bawah pendaftaran pesawat Malaysia (9m) serta mematuhi sepenuhnya Peraturan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Inisiatif ini bukan sahaja menggariskan kecemerlangan penerbangan Malaysia di peringkat global tetapi turut mengukuhkan kerjasama penerbangan serantau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Weststar Group Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berkata syarikat itu komited sepenuhnya untuk memperkasakan bakat tempatan termasuk membangunkan keupayaan penerbangan negara Timor-Leste,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pengarah-pengarah Weststar-Gap Aviation, Syed Muhammad Azni Syed Azman dan Vicente da Costa Pinto, menandatangani perjanjian itu bagi pihak syarikat.

Mewakili Santos adalah Naib Presiden Eksekutif untuk Australia Barat, Australia Utara dan Timor-Leste Vince Santostefano serta Naib Presiden Gas dan Cecair Huluan Australia Barat, Australia Utara dan Timor-Leste, Marcie Evans.

Upacara pemeteraian tersebut telah disaksikan oleh pemimpin kerajaan serta industri utama seperti Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz termasuk Menteri Sumber Mineral dan Petroleum Timor-Leste, Francisco da Costa Monteiro.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN