Bersyukur Dapat Beribadah Dalam Keadaan Aman: @NajibRazak

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengingatkan umat Islam di negara ini supaya bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan yang aman, selamat dan tanpa rasa takut.

Perdana Menteri berkata mereka tidak boleh mengambil mudah keamanan yang dikecapi hari ini, dan perlu mengambil iktibar dari negara Islam lain yang tidak mendapat nikmat yang sama.

“Bagi umat Islam, kita berasa bersyukur bahawa dalam bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan Allah SWT, kita dapat lakukan ibadah dalam keadaan yang begitu selamat dan tenang tanpa rasa gentar dan takut.

“Inilah satu rahmat yang Allah telah beri kepada kita.

“Seperti mana yang kita tahu, satu demi satu negara Islam tidak melalui kenikmatan yang sama yang kita (rakyat Malaysia) anggap biasa… hingga kita tidak anggap ini (keamanan) sebagai satu rahmat yang harus disyukuri,” katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri serta pelajar cemerlang daripada Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Perkayatim) di Dewan Besar Tabung Haji di sini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Perkayatim, dan Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor, yang juga Yang Dipertua Perkayatim.

Menyentuh pergolakan yang berlaku di Syria, Najib berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Syria.

“Ini satu lagi iktibar yang kita boleh ambil sekiranya keamanan dan keselamatan tidak terpelihara. Apa akan jadi kepada kita?

“Mudah-mudahan keamanan dan perpaduan ini berpanjangan, berkat daripada perlakuan kita sebagai umat Islam yang cintakan keamanan dan keharmonian,” katanya.

Mengenai kebajikan anak yatim, Najib berkata umat Islam hendaklah terus membantu golongan anak yatim kerana mereka mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah SWT.

Perdana Menteri turut mengingatkan anak yatim agar tidak menganggap kehilangan ibu bapa sebagai satu kekurangan.

“Ujian itu tinggi darjatnya di sisi Allah. Jadikan ini satu cabaran yang akan mencetuskan daya juang yang lebih tinggi di kalangan adik-adik sekalian,” katanya.

Sejurus berbuka, Najib menunaikan solat Maghrib di Surau Tabung Haji sebelum menikmati makan malam dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.

Perdana Menteri kemudian memotong kek ulang tahun ke-59 kelahirannya dengan disaksikan Rosmah dan anak yatim sambil diiringi nyanyian ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Mereka berdua turut menunaikan solat Isyak serta Tarawih bersama anak yatim dan para jemputan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â