Bicara kes ibu bapa abai Zayn Rayyan pada 3 Feb

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

PERBICARAAN kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin yang berdepan dengan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya akan bermula pada 3 Feb ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas menolak permohonan peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf untuk melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Februari dan Mac ini, sementara pelupusan notis usul bagi membatalkan pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Oleh kerana, permohonan (notis usul) itu masih belum didengar di Mahkamah Tinggi (Shah Alam), mahkamah akan teruskan dengan perbicaraan pada 3 hingga 7 Feb ini,” kata Syahliza semasa sebutan kes itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes berkenaan pada 3 hingga 7 Feb, 17 hingga 21 Feb dan 10 hingga 14 Mac ini.

Terdahulu, Haresh memohon tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada Februari dan Mac dilapangkan kerana jika diteruskan, ia akan memprejudiskan kedua-dua anak guamnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian.

Menerusi notis usul itu, Zaim Ikhwan dan Ismanira memohon mereka dilepas dan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan yang tidak mendedahkan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Antara alasan lain dikemukakan ialah pertuduhan yang dihadapi mereka tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi mengenai sebarang unsur kesalahan di bawah Seksyen 31.

Pada 13 Jun tahun lepas, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berumur 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.

Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Beberapa fakta menarik berkaitan:

Kes ini melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin, seorang kanak-kanak autistik, yang menghadapi tuduhan pengabaian yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal kepadanya.

  1. Perbicaraan dijadualkan bermula pada 3 Februari di Mahkamah Sesyen Petaling.

  2. Ibu bapa tersebut telah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut, yang jatuh di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

  3. Hukuman maksimum bagi tuduhan yang mereka hadapi adalah denda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya.

  4. Zayn Rayyan ditemui mati di dalam sebuah anak sungai berhampiran rumahnya pada 6 Disember 2023, dengan kecederaan yang menunjukkan dia telah cuba mempertahankan dirinya.

Ia adalah kes yang tragis dan kompleks.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â