Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg verkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

KUCHING — Sarawak mahu meluaskan langkah dalam bidang aeroangkasa menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo, Jepun untuk menghasilkan tekstil yang akan digunakan angkasawan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari berkata dalam pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.

“Kita mengutamakan karbon rendah dalam proses penghasilan tekstil daripada gas cecair yang digunakan oleh angkasawan.

“Pada masa ini, kita bekerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo untuk menghasilkan bahan karbon rendah yang berasaskan bahan kimia bagi mewujudkan tekstil berkenaan. Mungkin suatu hari nanti akan ada pakaian angkasawan ‘made in Sarawak’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi Townhall Lapan Tahun Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di sini malam tadi.

Dalam sesi itu, Abang Johari turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak ‘Norway of the East’ dengan memiliki ekonomi stabil dan berkemampuan menguruskan sumber dengan cekap.

Beliau berkata Norway mempunyai kekuatan serupa dengan Sarawak iaitu dari segi minyak dan gas, selain itu negara Scandinavian berkenaan unggul dalam sumber tenaga bersih serta berteknologi tinggi.

“Jika ada masalah ekonomi di Eropah, Norway tidak akan terjejas kerana mereka sudah dapat menguruskan sumber. Sebab itu saya rancang Sarawak jadi ‘Norway of the East’,” katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau berkata Sarawak perlu bergerak pantas dan bekerja keras bagi memastikan negeri itu mencapai tahap tertinggi.

“Kita perlu berusaha mencapai matlamat itu dan bekerja keras. Oleh itu, saya cari jalan untuk meneruskan usaha dalam semua bidang (seperti pendidikan dan kejuruteraan),” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â