Pelbagai pihak persoal hantaran berbentuk kiasan Fadhli Shaari

“Jangan samakan parti UMNO dengan parti lain yang terlalu dahagakan simpati politik hingga sanggup menghasut agar rakyat tidak ada rasa hormat pada institusi beraja.

Hantaran berbentuk kiasan yang dikongsi Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari di media sosial sejak malam tadi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemimpin politik dan wakil rakyat, yang mempersoalkan maksud serta tujuan hantaran berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata Fadhli perlu tampil menjelaskan maksud hantaran berkenaan dan menganggap kiasan seperti itu bukan tindakan seorang lelaki sejati.

“Kalau tak sanggup nak beritahu, kita jumpa 6/1 (6 Jan) ini untuk kita tanya YB (Yang Berhormat) secara berdepan ya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu menerusi hantaran ringkas di Facebook hari ini.

Malam tadi, Fadhli berkongsi satu hantaran yang dikaitkan oleh pelbagai pihak dengan keputusan UMNO membatalkan himpunan solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman Putrajaya, pada Isnin ini.

“Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban,” kata Fadhli dalam hantaran berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan malam tadi berkata keputusan membatalkan himpunan itu selaras dengan prinsip menghormati titah Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan untuk memberi pengampunan atau pengurangan hukuman kepada mana-mana banduan, serta arahan Ketua Polis Negara untuk tidak membenarkan sebarang perhimpunan berkaitan isu tersebut.

Walaupun tidak menyatakan untuk siapa hantaran berkenaan ditujukan, beberapa ahli Parlimen kerajaan mendakwa Fadhli seolah-olah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu menimbulkan kekeliruan, kerana muncul sejurus selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan berkaitan rayuan kepada Lembaga Pengampunan dan UMNO menarik semula hasrat untuk berhimpun.

Beliau berkata tindakan sebegitu tidak boleh diterima dan menunjukkan sikap sebenar PAS terhadap kedaulatan institusi diraja.

“Amaran tegas kepada PAS agar berhenti daripada memperlekehkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan menghormati kedaulatan serta kuasa YDPA yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya dalam hantaran di X.

Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, telah menyatakan pengampunan adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan UMNO akur terhadap titah Seri Paduka Baginda.

“YB Ahmad Fadhli Shaari MP (Ahli Parlimen) Pasir Mas, jangan derhaka pada Tuanku!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar dalam satu hantaran ringkas di Facebook turut mempersoalkan hantaran Fadhli.

“Adakah YB cuba derhaka?,” soalnya yang turut memuat naik tangkap layar hantaran berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali berkata Fadhli perlu menjelaskan maksud hantaran berkenaan dan siapa yang dimaksudkan sebagai ‘jantan berkokok’, ‘ayam betina’ dan ‘biawak’.

“Apa yang sedang berlaku ialah UMNO membatalkan hasrat berhimpun untuk solidariti Najib Razak selepas titah Agong. Jadi saya ingin tanya Fadhli, adakah ‘biawak’ yang Fadhli sebutkan merujuk kepada ‘YDP Agong’?,” katanya.

Dengan latar isu yang sedang melanda, ADUN Paloh itu berkata Fadhli perlu membuat penjelasan bagi menjernihkan keadaan agar tidak terpalit dengan gelaran biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong.

ADUN Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah menerusi hantaran di Facebook turut membangkitkan persoalan sama yang ingin tahu sama ada perkataan ‘biawak’ itu merujuk Yang di-Pertuan Agong atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika ya, ini merupakan satu penghinaan terhadap institusi diraja kerana menyamakan atau memperumpamakan haiwan terhadap KDYMM Tuanku Agong atau PDRM dilihat keterlaluan, walaupun dahagakan politik murahan.

“Jangan samakan parti UMNO dengan parti lain yang terlalu dahagakan simpati politik hingga sanggup menghasut agar rakyat tidak ada rasa hormat pada institusi beraja dan negara ini,” katanya sambil menambah satu laporan polis akan dibuat olehnya jika tiada penjelasan daripada Fadhli.

Himpunan solidariti tersebut dilaporkan sebagai bentuk sokongan daripada ahli UMNO terhadap Najib yang juga bekas presiden parti itu. Surat arahan daripada PAS turut tular yang menggalakkan ahli parti itu menyertai himpunan berkenaan.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Jan ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN