Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Antara destinasi antarabangsa menjadi pilihan syarikat penerbangan Sarawak apabila pengambilalihan syarikat MASwings itu selelasi ialah Jerman, Korea, Jepun, Hong Kong dan Bangkok.

Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata proses berkenaan yang sepatutnya selesai tahun ini perlu dilanjutkan bagi memberi masa untuk juruaudit yang dilantik meneliti nilai aset MASwings dikemukakan kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG).

“Kita ada nilai kita sendiri dan mereka (MAG) ada nilai mereka sendiri, jadi kita perlu tanya pihak ketiga (audit) untuk anggarkan nilai aset MASwings.

“Sepatutnya bulan ini selesai tetapi disebabkan ada perbezaan nilai (yang dikemukakan kedua-dua pihak)…sebaik sahaja proses ini selesai jadi selesailah proses pengambilalihan tetapi yang pasti tahun depan suku pertama,” katanya.

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek bangunan perubatan dan komersial Yayasan Buah Pinggang Che Hia Khor Moral Uplifting Society (CHKMUS) di sini hari ini.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya berkata kerajaan Sarawak setakat ini telah mengagihkan 32 mesin dialisis di beberapa pusat dialisis terpilih bagi membantu pesakit buah pinggang di negeri ini.

“Kita boleh tambah tetapi dalam masa yang sama perlu didik orang ramai supaya menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. Kita perlu mencari penyelesaian dan kerajaan negeri sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Beliau juga berharap pembinaan bangunan perubatan dan komersial itu akan memanfaatkan pesakit buah pinggang di Sarawak yang kian meningkat jumlahnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN