Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan

Musa berkata beliau akan terus bercakap atas kapasiti mantan Ketua Polis Negara tentang apa jua isu berkepentingan nasional dan akan mempertahankan negara daripada sebarang ancaman dalaman serta luaran sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.

“Saya mendapati dalam kes ini, majlis (di mana forum diadakan) adalah berstatus istimewa, tiada niat jahat yang terbukti dan defendan mempunyai alasan munasabah untuk kenyataan berdasarkan pengakuan dan penulisan plaintif (dalam bukunya Becoming Hannah) dan penerbitan (kenyataan defendan) adalah di luar kawalannya,” katanya.

Arziah berkata hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara mesti dilindungi dengan tegas, terutamanya dalam perkara melibatkan kepentingan awam dan kenyataan yang dibuat semasa majlis berstatus istimewa.

“Walaupun ucapan yang bertanggungjawab adalah penting, individu terkenal perlu menjangkakan dan menerima kritikan serta perdebatan yang hebat mengenai kenyataan dan tindakan awam mereka. Oleh itu, tuntutan plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM40,000,” katanya ketika menyampaikan keputusan berkenaan hari ini melalui e-mel.

Arziah berkata defendan hanya seorang penceramah dan tidak mengetahui forum itu akan disiarkan, dan beliau hanya mengetahui mengenai penstriman langsung di Facebook pada penghujung acara.

“Beliau tidak boleh mengawal penerbitan. Statistik penerbitan menunjukkan kadar penglibatan kurang daripada satu peratus, tiada komen negatif ditujukan kepada plaintif dan tiada bukti penyebaran meluas. Penerbitan itu jelas dilakukan oleh UiTM, bukan oleh defendan dan beliau tidak mempunyai kawalan terhadapnya,” katanya.

Menurut Arziah, kenyataan dibuat dalam sebuah forum yang membincangkan isu keselamatan negara, iaitu defendan sebagai bekas Ketua Polis Negara (KPN) bercakap mengenai ancaman keselamatan.

“Forum itu dianjurkan oleh Kursi Institut Raja-Raja UiTM, memberikannya kredibiliti institusi. Defendan sebagai bekas KPN mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk bercakap mengenai perkara membabitkan keselamatan.

“Tiada bukti jelas niat jahat kerana defendan membuat kenyataan berdasarkan analisis akademik (pensyarah Dr Kamarul Zaman Yusoff), bercakap dalam konteks kebimbangan terhadap keselamatan negara.

“Hak perlembagaan bagi kebebasan mesti dilindungi dengan teguh terutama mengenai perkara berkepentingan awam dan kenyataan yang dibuat pada acara dilindungi.

Sementara itu, peguam mewakili Hannah, Lim Wei Jiet ketika dihubungi berkata beliau telah mendapat arahan untuk membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan dan akan melakukannya segera.

Hannah yang juga Menteri Belia dan Sukan menfailkan saman terhadap Musa berhubung kenyataan dibuat semasa forum UiTM pada 30 Jan 2020.

Beliau mendakwa Musa dalam ucapannya antara lain menuduhnya menulis buku Becoming Hannah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian, mempunyai hubungan dengan pendakwah Evangelis dan Yahudi untuk merosakkan Islam dan Malaysia serta mengutamanakn kepentingan peribadi melebihi kepentingan negara.

Musa dalam kenyataan melalui firma guaman Tetuan Azam Aziz & Co menzahirkan rasa syukur dengan keputusan hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN