@PecatFaekah : Tee Dakwa Berlaku Sikap Pilih Bulu Dalam Pemecatannya

Tee Boon Hock

Bekas ahli DAP, Tee Boon Hock yang dipecat mendakwa beliau tidak bersalah seperti Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin dalam mengeluarkan surat sokongan.

Tee berkata, berlaku polisi pilih bulu dalam kerajaan negeri Selangor membabitkan kes beliau dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada beberapa pihak kontraktor manakala Faekah tidak dikenakan tindakan tanpa sebarang siasatan.

“Kes Faekah lebih kurang sama dengan saya. Jika dia tidak bersalah, begitu juga saya,” kata Tee pada sidang media di sini, Isnin.

Faekah dilaporkan menghantar surat sokongan agar sebuah firma yang mempunyai hubungan keluarga dengannya mendapat kontrak kerajaan.

Tee mengulangi pendiriannya bahawa tidak menjadi satu kesalahan dalam menulis surat sokongan dan mendakwa ia hanyalah pengenalan sesebuah syarikat kepada jabatan dan agensi kerajaan.

Pada Julai 2008, Tee dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan bulan berikutnya beliau mengeluarkan surat sokongan mencadangkan sembilan kontraktor termasuk syarikat anaknya menggunakan kepala surat pejabat Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak daripada MPK.

Jabatan Audit negeri Selangor menyiasat kes Tee pada Julai 2010 dan beliau dipecat sebagai Ahli MPK bulan berikutnya.

Tee turut dipecat daripada DAP pada Julai 2010 selepas jawatankuasa disiplin parti mendapati beliau menyalahgunakan kepala surat Liu bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya.

Selepas dua tahun, Tee masih mempertahankan tindakannya dan berkata, sikap membisu dalam kes Faekah membuktikan ‘parti PKR tidaklah begitu tegas seperti DAP’.

Beliau memetik kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull pada Jun lalu sebagai berkata, tindakan mengeluarkan surat sokongan tidak menjadi satu kesalahan melainkan jika ia melibatkan individu dalam lembaga pengarah.

“Menteri Besar mengesahkan bahawa saya tidak berada dalam lembaga tender apabila surat sokongan dikeluarkan,” katanya.

Tee berkata, walaupun Selangor memperkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat, beliau masih belum menerima salinan laporan audit kerajaan negeri yang mendapati beliau menyalahgunakan kuasanya.

“Saya meminta laporan itu beberapa kali dan pernah menulis surat tetapi tiada maklum balas,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN