[VIDEO] Rumah sembelihan ayam diserbu di Puchong, langgar prosedur Pensijilan Halal

Operasi Op Kita Gempur yang bermula pada pukul 8 malam dilakukan susulan aduan awam terhadap premis penyembelihan tersebut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu sebuah rumah penyembelihan ayam di Puchong malam ini 29 Oktober 2024, atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran manual prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata operasi Op Kita Gempur yang bermula pada pukul 8 malam dilakukan susulan aduan awam terhadap premis penyembelihan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa pelanggaran lain, antaranya penyembelihan ayam di luar premis (kesalahan berulang), ketidakakuran besar, ketiadaan pemeriksa halal bagi proses penyembelihan dan pelanggaran amalan pengilangan baik (kebersihan).

“Selain itu, kami juga menemui beberapa kesalahan lain seperti penggunaan empat unit alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan serta penggunaan 13 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa permit sah untuk tujuan perdagangan,” katanya kepada pemberita selepas serbuan tersebut.

Beliau berkata KPDN telah mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

Berhubung dengan pelanggaran manual prosedur Pensijilan Halal Malaysia, Mohd Zuhairi berkata perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal Selangor untuk menyemak semula kelayakan pensijilan halal yang telah diberikan kepada premis itu sebelum ini.

“Sekiranya sijil halal itu ditarik balik, pihak premis tidak dibenarkan lagi menggunakan logo halal untuk tujuan perniagaan dan jika mereka masih menggunakan logo halal, tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 boleh diambil,” katanya.

Mohd Zuhairi turut menyeru masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak penguat kuasa dengan menyalurkan maklumat bagi bersama-sama membanteras ketidakpatuhan dalam kalangan peniaga di mana-mana premis terutama sekali di Selangor.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN